Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera

Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera. Mudahnya merawat dan menurunkan kadar kolesterol kita, kan? Semuanya ada di depan mata cuma kekadang kita yang malas melakukannya. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan memang membahayakan kesihatan.

Kita harus mengawal kolesterol dalam badan sejak awal kecil lagi bagi mengelakkan masalah obesiti, sakit jantung, kencing manis dan lain-lain lagi.

Ok.

Bagi mengatasi kolesterol yang tinggi dalam badan, kita disaran untuk mengambil minuman atau makanan yang boleh membantu mengawal kokesterol. Contohnya khasiat daripada barli dan lemon.


Apa Itu Barli?


Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.Dikatakan jus barli mengandungi 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C & 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli.
Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera
Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera


Barli adalah gandum yang kaya fiber, vitamin, berprotein tinggi & mempunyai beberapa mineral penting.


Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera
Pokok barli

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Dr. Hagiwara, rumput barli atau "Pure Barly Grass" adalah merupakan satu-satunya "vegetation" yang boleh membekalkan nutrisi yang seimbang kepada tubuh manusia dari sekecil-kecil bayi sehingga ke yang paling dewasa.


Lemon Banyak Khasiatnya


Selain barli, bahan utama untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh adalah daripada khasiat lemon yang amat banyak. Saya ada menulis tentang khasiat lemon pada pautan di bawah:




Cara Menyediakan Air Lemon Dan Barli Yang Ringkas Dan Mudah


Sediakan bahan-bahan berikut:

2 biji lemon bersaiz L
1 cawan barli
2 sudu besar madu asli

◆◆sukatan bahan di atas untuk menyediakan air/minuman lemon dengan barli untuk 1 jug @ 1 liter air.

Untuk menyediakan 1 cawan minuman barli dengan lemon:

1. Rebus barli dengan air hingga masak (lembut dan kembang). Macam masak bubur nasi tu...

2. Masukkan 2 sudu barli ke dalam cawan, campurkan dengan 1/2 cawan air. Ambil 2 keping hirisan lemon dan perahkan airnya. Bancuh seketika. Akhir sekali masukkan 1 sudu kecil madu. Kalau tak ada madu, boleh campur sedikit gula perang.

3. Sedia untuk diminum untuk menurunkan kolesterol dalam badan.

Mudah, kan? Oh ya...tentang sukatan tu ikut suka kita pun boleh. Adjust sendiri..


Air Lemon Dan Barli Turunkan Kolesterol Dengan Segera


Selepas siap air lemon dan barli anda, minumlah 3 kali sehari. Macam kita makan kapsul tu, mungkin anggaran 4 jam sekali atau ambil sekali pagi, petang dan malam.

Namun, untuk menjadikan kolesterol anda turun dengan pantas, jauhi hidangan yang mengandungi santan dan minyak. Pengambilan garam juga dikurangkan. Insyaa Allah dalam masa singkat, kadar kolesterol dalam badan anda akan dikurangkan. Kemudian buatlah sedikit senaman lari-lari anak ataupun berjalan kaki. Ia bagus untuk aktiviti jantung anda juga.

Mengapakah air lemon dan barli begitu sinonim dengan rawatan menurunkan kadar kolesterol? Kerana barli mengandungi serat yang berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekaligus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.

Barli mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.


Jadi bila anda meminum atau memakan barli secara konsisten (serat larut / tidak larut), ia boleh mengurangkan tekanan darah dan membantu mengawal berat badan.

Begitu juga dengan lemon. Terlalu banyak khasiatnya. Secara ringkasnya lemon sangat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol dengan cepat.

Salah satu cara menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi adalah dengan memanfaatkan JUS LEMON. Vitamin C yang terdapat pada jus lemon terbukti secara efektif menurunkan kadar kolesterol.

Caranya : buat jus lemon dan minum selama 30 hari berturut - turut.

Mudah bukan, hanya dengan minuman segar seperti jus lemon, sekaligus kita juga dapat mengurangkan paras penyakit kolesterol dalam tubuh kita.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

Sebarkan bahagia.

1 comment:

  1. nak cuba utk family minum...tinggalkan dulu minuman yg lain..tq infornya...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.