Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Melupakan Sidia

Cara-cara mudah melupakan sidia. Mengapakah kita perlu melupakan sidia? Hmm...ada banyak sebab mengapa kita perlu melupakan sidia. Mungkin sebab sidia curang kepada kamu? Atau sidia yang kamu kasihi itu tunang atau suami orang?

Ada juga berkemungkinan kerana kamu sudah bosan dengan sidia kerana sikapnya yang panas baran dan menyakitkan hati? Memang ada banyak sebab mengapa kamu harus melupakan sidia.


Cara-Cara Melupakan Sidia


Seorang rakan saya terpaksa melupakan sidia kerana berasa tertipu. Jadi, anda harus berhati-hati apabila berhadapan dengan kemelut sebegitu.


Cara-Cara Melupakan Sidia


Nak tahu cara-cara untuk melupakan sidia? Jom baca artikel ini sehingga habis.

1. Buang semua gambar-gambarnya


Ya! Yang ini memang mudah. Tetapi mampukah anda melakukannya? Buang gambar-gambarnya sidia dari album ataupun dari memori telefon anda. Padamkan semuanya. Jangan tertinggal sedikitpun. Jika anda berjaya melakukannya dengan susah payah, satu hari yang pasti, anda akan dapat melupakannya. Usah dikenang kisah yang lalu, betul tak? Hidup mesti move forward, rite?

2. Padamkan nombor telefonnya dari simpanan anda


Setelah padam semua gambar-gambarnya sidia, sekarang giliran anda buang dan padamkan sejarah nombor sidia. Walau ada 10 nombor sekalipun, padamkan semuanya. Penuhkan memori telefon dengan nombor kawan-kawan sekolah anda. Hihi...

Lama kelamaan jika anda jarang menggunakan nombor sidia, anda mudah melupakannya terus.

Ingat ya! Jangan angkat panggilannya, usah dibalas mesej-mesejnya kerana anda harus kuat dengan tekad anda untuk melupakan sidia.

3. Sibukkan diri dengan kawan sekeliling


Selalu bergaul dengan rakan sekeliling. Rapatkan diri anda dengan mereka. Sesekali keluar melepak atau lakukan riadah bersama. Jika rakan-rakan anda adalah wanita, sesekali membeli belah untuk mengelak bosan. Tahukah anda bershopping boleh dijadikan terapi bila putus cinta. Hihi

4. Jangan kunjungi tempat-tempat yang meninggalkan kenangan


Elakkan diri anda dari mengunjungi tempat-tempat yang meninggalkan kenangan antara anda dengan sidia. Contohnya jika sidia suka makan di KFC, maka anda kena berhenti pergi KFC. Tukar haluan makan di kedai mamak pula. Kan dah jimat tu...


Cara-Cara Melupakan Sidia


Bila kita pergi ke tempat-tempat yang penuh kenangan, usaha melupakan sidia mungkin terganggu. Mulai sekarang anda kena kuatkan tekad melawan rasa hati anda.

5. Buat sesuatu yang sidia benci


Satu lagi cara melupakan sidia adalah dengan melakukan perkara-perkara yang dia benci. Jika sidia tidak suka tengok wayang, maka anda lakukan yang sebaliknya. Atau jika sidia tidak suka warna hijau, anda melawan perasaan dengan menyukai warna yang dibencinya. Dengan cara ini anda dapat menyampaikan mesej kepadanya bahawa anda telah membuang sidia jauh dari kehidupan anda, dari kebiasaan anda dan sidia.

6. Berpindah jauh dari sidia


Jika anda berasa tidak selamat berada setempat dengan sidia, maka berpindahlah ke tempat yang lebih menenangkan. Jika anda dan sidia bekerja di tempat yang sama, cubalah minta ditukarkan. Anda kena terangkan keadaan anda kepada ketua jabatan jika keadaan terpaksa.

Jika sidia masih menganggu, sesekali berikan amaran kepada sidia. Yakinkan kepadanya bahawa anda telahpun melupakannya.

7. Berdoa kepada Allah agar dapat melupakannya


Akhir sekali berdoalah kepada Allah agar anda dapat melupakan sidia. Allah Maha Mengetahui akan niat kita itu. Jika kita berusaha mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, Allah akan hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita.

Berdoa dan bermohonlah agar Allah menggantikan seseorang yang dapat membimbing kita ke arah hidup yang diberkati.

Ingat tak saya pernah tulis tentang doa yang boleh mengubah takdir? So, positiflah! Allah Maha Pemberi kebaikan dan lembut serta kasihkan setiap hambaNya.

Semoga usaha anda untuk melupakan sidia atas sebab-sebab yang saya senaraikan di atas akan menemui kejayaan.

SEBARKAN BAHAGIA...kerana bahagia milik semua.



Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. cara mudah nak lupakan seseorang menggunakan proses Hipnosis..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close