Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016

aynora nur | 27 October, 2015,8:49 AM |
Advertisement
Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016 - Bajet Oh Bajet. Masih lagi panas bajet 2016 ni. Di kaca TV pun orang ramai masih bercakap-cakap tentangnya. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Ada yang ketawa, ada juga yang mengeluh hampa. Biasalah, mana ada pemerintahan sesebuah negara disenangi membuta tuli. Pasti ada pendapat yang berbeza-beza. Itu kita harus terima. Demokrasi katanya...

Penjawat awam antara yang paling untung dalam bajet 2016 ini. Bonus ada, walaupun tak banyak. Kenaikan gaji ada, walau satu kenaikan. Tetapi bersyukurlah. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa 'cantik', masih ada yang sayang pada mereka. Gaji terendah pun dah dimuktamadkan. RM1,200 tu banyak juga, belum dicampur dengan elaun lain. Jadi, bersyukurlah...

Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016


Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:


Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016
Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016


Pertama: Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;

Kedua: Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;

Ketiga: Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;

Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

Kelima: Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.

Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.


Menambah Baik Gaji Minimum


Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.

(Gaji minimum negara ini adalah untuk penjawat sektor swasta dimana para majikan hendaklah menggaji pekerja dengan paling rendah adalah RM1,000. Jika ada majikan yang degil, boleh report pada pejabat buruh.)

Pemberian Khas Penjawat Awam


Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.

Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.

Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.

Nota:
Artikel di atas adalah sebahagian petikan teks ucapan PM pada pembentangan Bajet 2016 yang lalu.
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Gaji Penjawat Awam Minima RM1,200 Mulai Julai 2016"

Malaysia adalah kerajaan yang paling bangang dalam dunia. Pembayar cukai tertinggi Petronas terpaksa memberhentikan pekerja, banyak pekerja sektor swasta hilang pekerjaan, pekerja kotrak sektor swasta di tamatkan perkhidmatan tapi kerajaan malaysia menaikkan gaji kakitangan kerajaan .Kakitangan kerajaan 1.6 juta, yang menyokong lebih kurang 800 ribu. Jumlah keseluruhan pengundi ialah 13 juta. Tunggu PRU 14.

Kau ni bodo ke apa,,agk2 ko sampi bila gaji kakitangan krajan tahap tu je,dgn kos sara hidup yang tggi,baru naik sikit dh mlenting,

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top