Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh KPM Tahun 2016

Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh KPM Tahun 2016


Permohonan Secara Online Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Di Sekolah Berasrama Penuh KPM Tahun 2016


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui edaran surat bertarikh 12 Oktober 2015 telah memaklumkan bahawa permohonan secara online ke SBP Tingkatan 1 & 4 Tahun 2016 telah pun dibuka.

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Atas Talian (online) ke Sekolah Berasrama Penuh yang boleh dilayari di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia; www.moe.gov.my adalah seperti ketetapan berikut :-


Tarikh Permohonan Online Tingkatan 1


1) Permohonan ke Tingkatan Satu (1)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
15 Oktober 2015 – 15 November 2015


Tarikh Permohonan Online Tingkatan 4 


2) Permohonan ke Tingkatan Empat (4)
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016
10 – 30 Disember 2015

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara dimohon menghebahkan perkara tersebut kepada ibu bapa dan murid Tahun Enam (6) dan Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 di sekolah masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASARAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN ,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8321 7400
Faks 03 8321 7403/ 7402

Lain-lain perubahan akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Harap maklum.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close