Resepi Ayam Goreng Serai

aynora nur | 14 October, 2015,10:33 AM |
Advertisement
Resepi Ayam Goreng Serai | Cerita pasal resepi lagi. Kali ini resepi yang amat mudah berasaskan ayam. Namanya ayam goreng serai. Bila sebut serai, ramai yang sudah terbayangkan bentuk serai dan pokoknya. Serai memang banyak gunanya dalam menu masakan melayu. Serai boleh mewangikan masakan. Bau serai pun harum dan segar.


Resepi Ayam Goreng Serai


Orang tua-tua kata serai boleh menghalau kutu beras. Mungkin juga boleh dicuba jika anda ada masalah kutu beras dalam bekas simpanan beras anda.

Ok.

Jom bicara pasal resepi pulak.


Resepi Ayam Goreng Serai


Hidangan resepi ayam goreng serai di bawah untuk 2 orang. Kosnya pula tak sampai RM10. Murah, cepat dan ringkas. Lauk yang boleh dibuat ketika emergency atau malasss...hihi;-)★★

Bahan-bahannya:

100 gram ayam - dipotong kecil
2 batang serai dihiris halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara menyediakan resepi ayam goreng serai


1. Gaul ayam bersama serai yang telah dihiris halus, serbuk kunyit dan garam.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan gorengkan  ayam sehingga garing.

3. Kemudian hidangkan dengan nasi panas/ nasi goreng.


Resepi Ayam Goreng Serai


Selamat mencuba.♥♥♥
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Ayam Goreng Serai"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top