Resepi Ayam Masak Paprik

Tudung kanak-kanak
Resepi Ayam Masak Paprik - Ayam menjadi antara lauk kegemaran ramai. Masakan berasaskan ayam mudah disediakan dan secara umumnya, semua peringkat umur boleh makan ayam.

Ada juga sesetengah keluarga yang hanya makan ayam kerana tidak sukakan ikan dan daging disebabkan faktor alahan atau sebab-sebab lain.

Sedikit info. Masakan Paprik atau pad prik contoh nya ayam Masak Paprik atau pun sotong Masak Paprik adalah masakan yang berasal dari negara Thai.

Pad prik adalah sebuah hidangan yang diperisakan dengan pes cili sauteed. Pad prik adalah frasa Thai.



Resepi Ayam Masak Paprik
Resepi ayam masak Paprik


Resepi Ayam Masak Paprik


Bahan-bahannya:

500gm isi ayam
3 batang serai
6 hiris lengkuas
4 hiris halia
10 ulas bawang putih
10 biji bawang putih
20 biji cili api
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
10 helai daun limau purut
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

1 bungkus jagung muda
3 batang kacang panjang
Sedikit daun sup/saderi


Cara menyediakan ayam masak paprik dengan mudah:


1. Kisar bahan-bahan seperti serai, lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, cili api, kunyit dan daun limau purut.

2. Kemudian panaskan kuali dan masukkan 1 sudu minyak Masak.

3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam, garam dan gula secukupnya

5. Akhir sekali masukkan asam keping. Setelah masak, hidangkan.

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Isteri saya suka makan masak paprik ni. Kalau pergi kedai mesti order ni je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ia resepi yg simple dan enak. Saya pun suka jugak..:))

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.