Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih

Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih - Kacang goreng bawang putih mudah sahaja untuk membuatnya. Cuma yang jadi masalah selalunya kacang bawang putih kita tu lemau dan kurang rangup. Ada kala terlebih masin.

Ya.

Sebenarnya ada cara yang betul untuk menyediakan kacang tanah goreng bawang putih. Dan resepi ni biasanya saya buat sewaktu musim raya je, kerana ia mudah dan murah.


Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih
Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih

Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih


Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah, dibuang kulit. (Beli yang
500 ml air mendidih
1 liter minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:

5 ulas bawang putih
2 sudu teh garam

Bahan hiris:

5 ulas bawang putih


Cara menyediakan kacang tanah goreng bawang putih


Di bawah ini adalah gambar langkah demi langkah cara menyediakan kacang tanah goreng bawang putih.


Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih
Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih


1. Rendam kacang tanah dalam air mendidih, gaul lalu biarkan selama 5 minit. Angkat dan toskan.

2. Lumurkan kacang dengan bahan yang dikisar, lalu digaul rata. Biarkan sehingga kacang sejuk.

3. Goreng dalam minyak panas sambil dikacau hingga berwarna kecoklatan.

4. Taburkan bawang putih, goreng kembali sampai garing lalu angkat bersama-sama kacang.


Resepi Kacang Tanah Goreng Bawang Putih


5. Toskan. Setelah sejuk masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.