Header Ads

Solat Langkah Menuju Syurga Allah


Advertisement
Bacalah! Dengarkanlah! Jika anda tidak perlukannya sekarang, mungkin anda akan perlukan ia bila keseorangan. Ya! Aneh bukan? Mengapa bila ditinggalkan baru kita sedar bahawa hanya ada satu tempat yang kita boleh mengadu, boleh bercerita. Iaitu Tuhan yang Maha Mendengar. Bacalah apa yang akan saya kongsikan...


Solat Langkah Menuju Syurga Allah


Dalam keadaan susah hanya ada satu (1) kawan...
Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.
Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...

Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...

Pada Hakikatnya:
"Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahawa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla.

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.


Langkah Menuju Syurga Allah


Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Solat Langkah Menuju Syurga Allah


Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anaknya.

5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Sebarkan bahagia. Kongsikan jika ia bermanfaat.

Sumber: Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah (daripada hebahan whatsapp)

Advertisement

2 comments:

  1. nak selamat..jaga solat..in sha Allah..terima kasih berkongsian ini..
    salam ukhuwah..PC singgah dan follow...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.