Tentang Rindu

aynora nur | 17 October, 2015,12:17 AM |
Advertisement
Rindu umpama dedaun kering yang gugur ditiup angin. Tiada hujan yang membasahkan dedaun lalu ia layu di telan masa. Rindu pun begitu, lama kelamaan terpadam oleh masa dan situasi. Rindu semakin kering bila angin tak sudi menghembuskan kasihnya.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan...


Tentang rindu



Tentang rindu.


Adanya kita dan kehidupan. Rindu kedamaian. Ketenangan yang seperti sudah lapuk ditelan kebisingan yang senyap sunyi. Tiada lagi gurauan panjang hingga nyamuk ikut cemburu. Kita di dalam tempat dan masa yang sama tetapi mengapa rindu ini tak pernah bersapa? Adakah hanya kita yang rindu sedangkan kamu dan mereka telah hilang ditelan lautan kesibukan bermaharaja lela...

Ya. Rindu itu ibarat dedaun nan kering. Lama kelamaan kita pun terlupa. Bagaimana agaknya rasa rindu itu? Tentu ada ketikanya rindu disulam manis, ada saatnya rindu sangat menyedihkan. Ahh! Rindu ini tidak sempat diluahkan kerana ia penuh rahsia dan airmata. Kadangkala rindu membuatkan kita demam...♥♥

Benci tapi rindu. Biarkan ia disitu.

Menurut Hamka:
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Begitulah rindu dan cinta. Diumpamakan dengan bumi dan tumbuhannya.


Aku Dia Dan Tentang Rindu


Seseorang ada berkata, sejauh mana kita berlari tidak akan jauh dari hati yang merindui. Walau diceruk mana kita bersembunyi, rindu itu tetap menyerlahkan diri.

Rindu, walau cuba dirahsia...ia tidak mampu menipu.

Rinduilah kepada yang hak. Kepada yang tersayang, saudara seagama dan muslim yang saling bertautan. Semoga bara rindu kita membawa kebahagiaan yang luas kepada seisi alam.

Ada rindu. Kerana kamu masih seorang insan.

Kerana rindu, tentang rindu mengibarkan isyarat.

Ada rindu. Tersenyumlah sepanjang hidupmu.





Tag : Luahan
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Tentang Rindu"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top