Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu

aynora nur | 20 October, 2015,3:18 PM |
Advertisement
Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu | Senaman adalah suatu aktiviti yang bagus untuk kesihatan. Sejak kebelakangan ini ada satu 'kegilaan' baru dalam dunia senaman iaitu zumba. Apakah senaman zumba itu? Zumba adalah senaman kesegaran yang menggabungkan unsur tarian salsa, tarian perut dan Bollywood. Itu yang saya baca dari internet. Walau apa pun senaman yang anda lakukan, samada ia zumba, yoga dan sebagainya, ia mampu memberikan kecergasan kepada tubuh kita.

Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain, yang saya rujuk daripada Kevin Zahri.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.

Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu
Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu


Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!

Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)

Jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersama rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.

Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.

Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.

Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.

Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique) anda.

Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu

Zumba, rutin 'workout' dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan 'fit' ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!

Turun Berat Badan

Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan 'kewujudan' lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan? Sebab itu, jika anda melakukan senaman zumba anda akan cepat kurus...

Badan Lebih Tegap

Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

Memperoleh Rakan Baru

Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang 'gila-gila' menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

Lebih Bertenaga & Seronok

Menari dan bersenam dengan rakan-rakan yang dikenali memang seronok. Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

Melepaskan Tekanan

Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin. Ini menjadikan diri anda lebih ceria.

Sesuai Semua Usia

Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.

Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Namun begitu, berhati-hati ketika mengikut pergerakan muzik yang rancak, lakukan lah mengikut kemampuan diri sendiri.

Sumber: Google
Tag : Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top