Enter your keyword

30 November, 2015

Hari Persahabatan Friendship Day

Hari persahabatan adalah satu hari di mana setiap orang mengingati sahabatnya secara yang eksklusif atau khas. Ini adalah masanya kita menghargai sahabat-sahabat tersayang kita yang selalu ada ketika susah dan senang, duka dan gembira. Mungkin anda ada satu sahaja sahabat sejati. Raikanlah kehadirannya dengan sesuatu yang menggembirakannya. Atau, jika anda ada ramai sahabat yang anda sayangi, mungkin boleh belanja makan minum dan sebagainya.

Sahabat sejati sukar ditemui. Carilah ke serata dunia, kembaralah kamu ke negeri China...belum tentu ditemui sahabat sejati. Sahabat sejati ibarat sebutir MUTIARA. Mahal tak terhingga, dan tidak boleh dijual beli dimana-mana. Sahabat sejati menemani susah dan senangmu meskipun kamu merahsiakan masalah tersebut. Sahabat sejati membaca nalurimu hinggakan dia boleh merasai bahagia dan deritamu. Sebaik kamu mahu bercerita, sebenarnya sahabat sejati telah dapat meneka apa yang kamu fikirkan.

Hari Persahabatan Friendship Day


Hari Persahabatan Friendship Day


Sahabat sejati, sahabat baik, sahabat sejiwa dan namakan apa sahaja tentang sahabatmu itu, yang penting jangan sakiti hatinya. Pelihara lah persahabatan kamu itu dengan kepercayaan, ikhlas dan redha. Walau apa terjadi, selalulah berada disampingnya. Satu hari nanti kamu mungkin meningkat tua, tetapi sebuah persahabatan tidak pernah tua apatah lagi lapuk ditelan zaman.

Persahabatan tiada noktahnya. Sahabat pula tiada duanya. Berpeganglah kepada prinsip setiakawan.

Baiklah.

Dah banyak membebel...baru nak tanya bilakah hari persahabatan atau friendship day disambut? Hari persahabatan disambut pada awal bulan ogos. Hari persahabatan dunia adalah jatuh pada minggu pertama di bulan Ogos setiap tahun. Tidak ada kajian yang lengkap dan jelas untuk menentukan hari persahabatan tersebut. Contohnya, pada tahun 1935 AS menetapkan hari persahabatan jatuh pada bulan Ogos.

Ada juga negara lain yang menetapkan hari persahabatan dunia pada tarikh yang berbeza, iaitu negara Argentina dan Uruguay, serta beberapa negara lainnya, yang merayakan hari persahabatan pada 20 Julai setiap tahun.

Sebenarnya perkongsian di atas adalah sekadar maklumat santai untuk kita mengenang sebuah persahabatan. Persahabatan yang iklhas tidak memilih tarikh tertentu untuk diingati, tetapi ia kekal di dalam doa. Mendoakan sahabat-sahabat yang kita sayangi hingga namanya tercatit di langit selamanya.


2 comments:

  1. Friendship day ini patut buat setiap hari sebagai tanda penghargaan kepada kawan2 kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada individu itu sendiri..sahabat sentiasa bersedia, dalam susah & senang

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.