Petua Hilangkan Kutil Cara Tradisional Yang Tidak Menyakitkan

Tudung kanak-kanak
Petua Hilangkan Kutil Cara Tradisional yang amat mudah. Selain mudah, ia juga tidak menyakitkan. Kutil tidaklah menyusahkan namun begitu ada sesetengah kutil yang tumbuh di mata. Ia agak mengganggu juga jika tidak dibuang atau dirawat. Kutil adalah sejenis penyakit kulit yang kurang bahaya.

Kutil dalam istilah perubatannya disebut Papilloma. Papilloma itu sebenarnya sejenis ketumbuhan pada kulit, berasal dari penebalan lapisan luar kulit yang berlebihan. Bentuk kutil ini ada bermacam-macam. Ada yang besar dan ada juga yang kjecil. Kutil biasanya tidak sakit bila dipegang, dan kalau sudah sangat besar, boleh juga berdarah kalau melecet.

Kutil disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini memang menyerang kulit dan salah satu jenis penyakitnya iaitu menimbulkan kutil kecil-kecil di tapak tangan.


Petua Hilangkan Kutil Cara Tradisional 


Sebagaimana yang telah diketahui, ada beberapa jenis kutil. Antaranya ialah Common Warts iaitu kutil yang warnanya agak gelap dan kasar. Tumbuh di kebanyakan bahagian badan. Filiforms wart pula kutil yang tumbuh disekitar mata, ketiak dan leher. Bentuknya agak memanjang. Jom kita tengok cara nak hilangkan kutil secara tradisional.

1. Bawang putih

Untuk menggunakan bawang putih sebagai ubat menghilangkan kutil caranya adalah dengan tumbuk halus bawang putih lalu disapukan pada kulit yang ada kutil. Sapu secara teratur pada kutil hingga ia kering. Ulang beberapa hari hingga kutil itu tertanggal.

2. Kulit Pisang

Bahagian dalam kulit pisang juga amat banyak khasiatnya. Selain daripada boleh menghaluskan kulit muka, ia juga boleh merawat kutil. Caranya, korek bahagian dalam kulit pisang dengan garpu/sudu dan lembutkan hingga menjadi seperti bubur. Setelah itu sapukan pada kulit hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga kutil tertanggal sendiri.

3. Bawang Merah 

Bawang merah juga boleh digunakan untuk menghilangkan kutil pada kulit. Caranya adalah dengan menggunakan hirisan bawang merah lalu direndam dengan dengan larutan cuka beberapa saat. Setelah itu, tampalkan hirisan bawang tersebut pada bahagian kulit yang ada kutil, lalu ditutup dengan plaster agar rawatan tersebut lebih mujarab/efektif. Biarkan selama dua hari dan kutil akan tertanggal dan menghilang dari kulit.

Selamat mencuba. Diharap petua hilangkan kutil dengan cara tradisional dapat memberikan manfaat kepada anda semua yang tercari-cari cara menghilangkan kutil tersebut.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.