Petua Merawat Kurap Secara Tradisional

aynora nur | 20 November, 2015,4:46 PM |
Advertisement
Petua Merawat Kurap Secara Tradisional - Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.

Jika anda terkena jangkitan kurap, elakkan dari menggunakan tuala atau pakaian yang sama. Dikhuatiri kurap tersebut boleh berjangkit kepada anda pula. Kurap boleh dirawat tetapi memakan masa yang agak lama juga. 


Petua Merawat Kurap Secara Tradisional
Daun bayam dengan kapur sireh ubat kurap

Sedikit info tentang kurap. Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-

  • Kurap badan (Tinea corporis)
  • Kurap kuku (Tinea unguium)
  • Kurap groin (Tinea cruris)
  • Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
  • Kurap janggut (Tinea barbae)
  • Kurap kaki (Tinea pedis)
  • Kurap muka (Tinea faciei)
  • Kurap tangan (Tinea manuum)

Petua Merawat Kurap Secara Tradisional 


Saya nak kongsikan petua merawat kurap cara tradisi, yang saya ambil dari blog ini. Kulit berkurap membuat seseorang berasa tidak selesa dan malu. Jika menghadapi masalah kulit ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.

1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Terima kasih kerana membaca info tentang kurap dan petua merawatnya secara tradisional. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sebarkan dan kongsikan dengan kawan-kawan. 

Selamat mencuba. 
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Petua Merawat Kurap Secara Tradisional"

Sangat bermanfaat. Terima kasih atas tips tersebut! 👍😊
Saya kalau boleh ingin merawat kurap kucing. Adakah relevan juga tips tersebut?

Saya tak pasti pulak, cuba tanya doktor haiwan, kalau boleh kan mudah..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top