Resepi Puyuh Masak Sambal

loading...
Resepi Puyuh Masak Sambal - Daging burung puyuh lebih lembut isinya dan enak dimakan begitu sahaja. Bila digoreng teksturnya lebih halus serta rangup. Ada sedikit manis dan lemaknya. Bukan semua masakan boleh digayakan dengan daging burung puyuh ni, namun jika anda suka nak bereksperimen...apa salahnya.

Ikut pengalaman saya makan daging burung puyuh ni, ia sedap digoreng kunyit, sambal/berlada dan black pepper. Lagi satu, sedap juga dimasak rendang kunyit. Kalau masak sup, tak berapa enak. Tapi bak kata saya tadi, terpulang kepada cita rasa masing-masing.


Resepi Puyuh Masak Sambal
Sumber: Google

Khasiat daging burung puyuh


Daging puyuh banyak khasiatnya. Sebab itu ada yang menyarankan kepada penghidap kolesterol tinggi agar memakan daging puyuh sebagai sumber protein baik untuk mereka.

Antara khasiat daging burung puyuh adalah:

- Sesuai untuk pesakit jantung dan darah tinggi kerana rendah kolesterol

- Kaya dengan mikronutrien dan pelbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan vitamin E dan K.

- Selain itu, kandungan telur dan daging puyuh mempunyai kadar kolesterol yang sangat rendah berbanding telur burung yang lain, seperti ayam dan angsa, ternyata telur puyuh mengandungi beberapa kandungan yang sesuai bagi perkembangan otak dan tulang. Di mana, selain protein yang memuat 13%, lemak 11%, dan zat lainnya 1.3% juga, komposisi ini dilengkapi semua jenis vitamin.

- Melancarkan peredaran darah.

- Menguatkan tulang belakang.

- Daging burung puyuh, bergizi, kaya protein, besi, dan kalsium

- Oleh karena itu dianjurkan bagi orang dengan kadar kolesterol tinggi dan mereka yang ingin mempertahankan tingkat rendah kolesterol.

- Pada sistem saraf manusia memiliki peranan gizi khusus daging burung puyuh, telur, darah dapat digunakan
sebagai ubat.


Resepi Puyuh Masak Sambal



Bahan-bahannya:

→2 ekor burung puyuh
→1 biji bawang bombay - dihiris
→2 ulas bawang putih - dihiris
→5 tangkai cili hijau/cili besar - dihiris
→2 biji cili padi - dihiris
→1 biji tomato - dipotong dadu
→5 helai daun limau purut
→2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
→sedikit sos tomato dan sos cili
→serbuk kunyit untuk menggoreng 
→Garam dan gula secukup rasa
→sedikit minyak untuk menggoreng


Cara menyediakan puyuh masak sambal


1. Gaulkan daging burung puyuh, kunyit serbuk dan garam secukupnya.

2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging burung puyuh tadi hingga masak. Ketepikan.

3. Selepas itu panaskan sedikit minyak sekali lagi, tumis bawang besar/bawang bombay dan bawang putih sehingga berbau harum.

4. Kemudian masukkan cili merah, cili api, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.

5. Masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat.

6. Bolehlah dimasukkan burung puyuh tadi. Kacau sehingga sebati.

7. Masukkan daun limau purut dan kacang panjang seketika dan gaul rata. 

8. Angkat dan sedia dihidang.


Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.