Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Air Detox Untuk Kurus Antara Carian Terbanyak Di Aynorablogs.Com Tahun 2015

Air Detox Untuk Kurus Antara Carian Terbanyak Di Aynorablogs.Com Tahun 2015. Seterusnya saya nak kongsikan kegembiraan saya bila artikel yang bertajuk Cara Buat Air Detox Untuk Kurus mencapai pageviews (PV) yang memberansangkan. Setakat artikel ini ditulis, PV berkaitan air Detox tersebut telah mencecah 320,XXX dan meningkat dari sehari ke sehari. Setiap hari, minggu dan bulan, carian air Detox menjadi antara carian tertinggi di aynorablogs.com untuk tahun 2015. Untuk info, artikel tersebut mula diterbitkan pada 10 April 2015. Alhamdulillah. Terima kasih kepada sesiapa pun yang mengizinkan ilmunya itu disebarkan. Rujuk imej di bawah.

Inilah logo aynorablogs.Com. Ada banyak maksud pada logo tersebut, warnanya dan bentuknya. Lain kali kita citer ya...



Air Detox Untuk Kurus Antara Carian Terbanyak Di Aynorablogs.Com Tahun 2015


Air Detox Untuk Kurus Antara Carian Terbanyak Di Aynorablogs.Com Tahun 2015


Dengan adanya artikel yang anchor keywords di carian Google, PV blog ini telah mencanak naik hingga 600,XXX ke atas setiap bulan. (Berdasarkan laporan analisa daripada Blogger. Com). Setiap hari blog ini telah mendapat PV sehingga 25K-26k, menjadikan income daripada Adsense yang memberansangkan.

Tahukah anda pentingnya artikel yang menjadi carian utama di Google?


Ya. Sangat penting agar apa yang anda tulis, sesuatu yang baik dan bermanfaat akan dapat disampaikan kepada audien yang ramai. Lebih ramai orang membaca kebaikan yang disampaikan, lebih banyak saham anda di akhirat kelak, insyaa Allah.

Tambahan pula, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan sampingan anda hingga ribuan ringgit dengan banyak iklan yang 'engaged' di blog kita. Cukup anda memasang iklan yang disukai ramai seperti Nuffnang & juga Google AdSense. Dengan 2 gergasi iklan ni saja, saya menjana part time income sehingga 4 angka sebulan. Alhamdulillah.

Bagaimana nak jadikan artikel kita mesra SEO?


Mudah saja, sebenarnya kekawan. Belajar asas SEO dan buat 3 langkah aje dalam artikel anda. Iaitu, tulis artikel lebih 300 patah perkataan, letakkan heading tag yang betul dan letak nama imej (alt title tag) yang tepat. Itu antara asas yang mesti saya buat pada artikel-artikel saya.

Yang lain-lain berkaitan ilmu SEO, anda kena banyak cari dan pelajari. Kemudian praktikkan. Ilmu tanpa praktikal ia akan lapuk dan lusuh. Lama-lama hilang tidak berfungsi. Yang penting, amalkan.

Semoga berjaya. Sebarkan bahagia jika anda mahu semua orang pun bahagia..;)

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close