Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple

Cara Buat Sambal TokTok Jawa Yang Paling Simple. Sambal Toktok atau mudahnya dipanggil Totok oleh orang-orang Jawa adalah sambal yang paling sedap tetapi ringkas dan boleh dimakan dengan nasi panas semata-mata. Hihi...tak payah guna lauk lain pun tak mengapa. Oleh kerana sambal Toktok itu saja sudah cukup perasanya untuk dijadikan sebagai asas lauk. Dah lah mudah, sedap pulak tu...

Mesti ramai nak tahu kenapa dipanggil sambal Toktok atau Totok? Sebab...ketika nak membuatnya kita tumbuk guna lesung batu. Berbunyilah, Tok! Tok! Lebih mudah nyebutnya, Totok aje. Gitulah sejarahnya. Kalau salah tolong betulkan ya...


Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple


Sambal Toktok ada banyak versi. Ada yang letak belacan dan ada pula yang hanya gunakan ikan bilis. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Sambal toktok ditumbuk kasar sahaja, dan MESTI ditumbuk guna lesung. Jika dikisar dah tak ada feel sambalnya...lagipun jika dikisar, akan menghasilkan air dari bawang dan cili tadi. Rasanya pun dah tak original lagi. Ia agak berbeza dengan sambal tomato.


Resepi Sambal Toktok Yang Paling Simple


Bahan-bahannya:
#sumber: Tiffinbiru

  • Segenggam ikan bilis 
  • 5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan
  • 10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan
  • 5 biji bawang merah kecil @ 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi

Bahan tambahan, jika suka:
  • 1 biji bawang putih - digoreng
  • 1 inci belacan - dibakar hingga harum
##Saya tidak campurkan kedua-dua bahan tambahan kerana mahukan rasa asli sambal totok. 


Cara Buat Sambal TokTok Jawa Yang Paling Simple Dan Sedap


  1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
  2. Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
  3. Perahkan limau kasturi, gaul rata.
  4. Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda... 
  5. Selamat mencuba!

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple
Nota: Gambar no. 1 adalah sambal totok yang saya buat.

Okay.

Sekarang, saya percaya anda semua dah pun pandai buat sambal Toktok Jawa yang sedap dan lazat seperti resepi di atas. Bila sambal dah siap, apa agaknya pakej menu yang sesuai dipadankan dengan sambal Toktok tadi.

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple 

Bagi kami sekeluarga, sambal totok sedap dimakan dengan lauk ikan kerisi goreng garing. Kemudian digandingkan dengan sayur bayam masak lemak putih. Saya jamin pasti membuka selera anda dengan menu ala kampung tersebut...

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple


Anda mungkin suka tempe atau tauhu? Gorengkan tauhu dan tempe dan dicicah dengan sambal kicap pun sedap.

Kemudian, ditambah dengan menu kampung yang anda suka atau boleh juga ikut menu saya iaitu ikan kerisi goreng garing bersama dengan bayam masak lemak putih. Terliur pulak dah...hihi

Cara Buat Sambal Toktok Yang Paling Simple

Akhir sekali, jika anda pun nak buat sambal kicap yang sedap dan kurang pedas macam yang saya kongsikan di atas. Anda boleh salin resepinya disini: Sambal Kicap Sedap Dan Kurang Pedas.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close