Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia

aynora nur | 26 December, 2015,8:47 AM |
Advertisement
Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia. Sebelum ini saya pernah menulis tentang cara-cara membuka, mengeluarkan dan menutup akaun SSPN-i secara ringkas. Ada juga yang bertanya cara-cara menutup akaun sekiranya pendeposit meninggal dunia.

Saya akan kongsikannya kepada anda seperti di bawah ini.


Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meningggal Dunia


Jangan panik, ikuti arahan dan langkah-langkah yang digariskan di bawah. Lakukan dengan segera kerana ia lebih memudahkan urusan di pihak PTPTN untuk melakukan langkah seterusnya. Kerana, urusan penutupan bukanlah boleh dibuat sehari dua, sebaliknya ia memakan masa bagi pihak perbadanan membuat proses siasatan, mengenalpasti dan sebagainya tentang permohonan penutupan akaun tersebut. 


Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia


Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM3,000.00, waris hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:

i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;
iii. Salinan kad SSPN-i
iv. Salinan Sijil Kematian pendeposit;
v. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (si mati);
vi. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;
vii. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.

Jika sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM3,000.00 dan ke atas, waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut serta mengemukakan melalui ejen SSPN-i atau diposkan terus kepada PTPTN:

i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
iii. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
iv. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
a)Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
b)Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
c) Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Semoga perkongsian cara-cara menutup akaun SSPN-i bagi pendeposit yang meninggal dunia di atas dapat memberikan info kepada anda semua.   
Tag : Info PTPTN
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top