Pau Inti Kelapa Gebu Idaman Kalbu

aynora nur | 13 December, 2015,12:00 PM |
Advertisement
Pau Inti Kelapa Gebu Idaman Kalbu | Pau inti kelapa memang jadi kegemaran saya sejak dari kecil lagi. Sewaktu bonda saya membuat pau suatu waktu dahulu... (bertahun dahulu..hehe), kami adik beradik dah menunggu depan dapur. Siap aje angkat dari loyang, terus sorang satu ngap! Siapa lambat tak dapat! Satu loyang boleh muat 4 ketul aje sebab bondaku suka buat pau saiz besar-besar. Biar cepat kenyang kononnya...

Pau paling sedap semestinya pau inti kelapa. Kemudian inti kacang merah, kacang hijau dan pau inti kaya. Saya sebenarnya taklah cerewet sangat, asalkan namanya pau, memang faveret...

Pau Inti Kelapa Gebu

Tetapi myhero yang kecil makan pau ambil kulitnya je, inti paunya dibuang. Saya juga yang tukang kutip intinya...


Resepi Pau Inti Kelapa Gebu


Bahan- bahan:-

1 kg tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)

Bahan dilarutkan bersama:

1 sudu teh garam
1/2 cwn minyak masak
2 1/4 cwn air
11 gm yis
1 sudu  makan gula
2 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur

**Inti pilihan anda - Inti Kelapa


~Gula merah - anggaran 1 1/2 cawan
~Kelapa parut (kelapa muda lebih baik)
~Sedikit air
~ 1 helai daun pandan - diikat

(Masak semua bahan inti kelapa di atas di dalam periuk dan kacaukan hingga mendidih dan kering. Jika kurang manis boleh tambah sedikit gula pasir.)

Cara Menyediakan Pau Inti Kelapa Gebu Idaman Kalbu


1) Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan baking powder.


Tepung yang telah diayak dengan baking powder 

2) Kacau bahan diatas (bahan yang dilarutkan bersama) hingga gula larut.



3. Tuangkan sikit-sikit ke dalam tepung hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.

4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti kelapa pilihan anda, kemaskan dan alaskan dengan plastik/ kertas minyak yang di potong kecil. Susun dalam loyang dan jarak-jarakkan sedikit.

5) Biar hingga doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik, lebih kurang dah penuh 2 loyang pengukus, bolehkah mula mengukus)

6) Kukus 7-10 minit (kukus 7 minit pun boleh)

7. Balut tudung pengukus dengan kain atau tuala bersih. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau.




8). Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.

***Pastikan air betul-betul mendidih bila hendak mengukus kuih pau.

Kita digalakkan balut penutup kukus dengan kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. Kuih pau inti kelapa anda akan licin permukaannya.

Ingat ya, bahan-bahan yang dicadangkan untuk buat pau gebu seperti di atas hendaklah dipatuhi dengan betul. Jika tidak pau inti kelapa anda tidak jadi gebu..hihi

Selamat mencuba. Oh ya, dengan 1kg tepung tadi saya dapat membuat 33 biji pau inti kelapa yang gebu-gebu. Satu rumah boleh makan berulang kali. Hehe...

Kongsikan jika suka, sebarkan bahagia.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
1 Komentar untuk "Pau Inti Kelapa Gebu Idaman Kalbu"

Hi, yeah this piece of writing is actually nice and I have learned lot of things from it regarding blogging.
thanks.

my weblog - dual fuel double oven range

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top