Permohonan Online Kursus Maktab Perguruan 2016

aynora nur | 17 December, 2015,10:40 AM |
Advertisement
Permohonan Online Kursus Maktab Perguruan 2016 | Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online. Kursus di maktab perguruan di seluruh Malaysia ini dikenali juga sebagai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).



Untuk semakan SENARAI IPG DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Permohonan online dijangka mula dibuka kepada semua lepasan SPM yang berkelayakan pada 17 Februari 2016 depan.

Syarat-Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan 2016


Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.

Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016


1. Warganegara Malaysia.
2. Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
3. Calon mesti sihat tubuh badan.
4. Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
6. Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
7. Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

Kemas kini Tarikh Sebenar Permohonan Online PPISMP 2016


Sila baca memo yang dikeluarkan oleh IPG Malaysia ya...tarikh sebenar bilakah talian online permohonan ke maktab perguruan 2016 belum diumumkan. Bersabarlah...



Antara opsyen yang ditawarkan untuk kemasukan IPG 2016:-

BM 280 calon
B Ing 310 calon
B Cina 180 calon
B Tamil 100 calon
Matematik 200 calon
Sains 210 calon
Pendidikan Islam 200 calon
B Iban 15 calon
B Kadazandusun 15 calon
Pendidikan Khas Masalah Pebljr 72
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 13
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan 5

Permohonan Kemasukan Ke Iinstitut Pendidikan Guru (IPG) 2016 akan mula dibuka pada 6 MAC 2016. 

Syarat kemasukan ialah SPM 5A. 

Pelajar-pelajar atau anak-anak ahli yang berminat bolehlah melayari portal KPM mulai tarikh tersebut. 

Sekiranya butiran telah lengkap, tindakan yang paling penting ialah klik HANTAR setelah siap dilengkap isi. Minta pelajar atau anak-anak membaca arahan dengan teliti.

Updates/Kemaskini!!!

Permohonan Online Kursus Maktab Perguruan 2016 PPISMP 2016 boleh dibuat secara ONLINE dengan mengakses applikasi permohonan IPG di bawah ini:



PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN TAHUN 2016 - Pemberitahuan - KLIK

Dimaklumkan bahawa aplikasi Permohonan secara atas talian bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Tahun 2016 ini akan dibuka mulai 10 Mac 2016 jam 12:00 tengahari sehingga 27 Mac 2016 jam 11:59 malam.

Tarikh Tutup Permohonan ialah pada: 
27 Mac 2016, 11:59 malam


Tarikh Semakan Keputusan SPM 2015 ialah pada 3 MAC 2016. Harap maklum.


Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015:

23 hingga 29 Mac 2016


Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016:

30 Mac hingga 3 April 2016

#Sumber


Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
17 Komen untuk "Permohonan Online Kursus Maktab Perguruan 2016 "

assalam.. tumpang tanya, sye lepasan diploma dan nk mohon ntuk masuk ke maktab perguruan. bagaimana cara permohohonan dan tarikh kemasukan ke maktab perguruan ye?

Waalaikumussalam, lepasan diploma x boleh mohon rasanya. Sebab Kursus yg saya kongsikan di atas utk calon bawah 20 thn. Cuba call pihak yg berkaitan utk keterangan lanjut. Tq

Good Evening..actualy i did my SPM last year and i got 2A-,5B+,1C+,3D so can i apply for teaching???

Hi dear good afternoon. If your age is still under 20 by 2016 june, if i m not mistaken...you can apply online. Best of luck ya!

assalamualaikum..maaf bertanya,dah buka ka permohonan ipg ni?sy dh buka link yg akak bg tp katanya portal tu di tutup sementara waktu.. T_T

Waalaikumussalam dik, bersabar ya. Dalam minggu ini mungkin link itu akan dibuka. Tunggu kemaskini daripada KPM

permohonan dari febuari sampai ke harini tak boleh dibuka. adakah sudah ditutup?

permohonan ipg xleh mhon dah ke?bila bukak permohonan ipg??

Belum lagi dear...admin pun tengah tunggu ni, nak update link untuk kemudahan adik2 semua. Ada perkembangan terkini saya akan update terus, tq

terima kasih untuk info. sedang menunggu laman isian online dibuka :) :) :)

Assalamualaikum.. Subjek pendidikan seni visual ada ditawarkn? 😢

link mohon guru =====> https://pismp.moe.gov.my/

sama-sama...

boleh mohon lagi ke emm. kalau minggu depan masuk dengan budak budak spm 2016 lah ke sedihnya

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top