Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan Rayuan Haji Musim 1437H/ 2016M

Permohonan Rayuan Haji Musim 1437H/ 2016M - Untuk makluman, permohonan rayuan haji musim 1437H/2016M telah dibuka pada 18 Disember 2015 dan akan ditutup pada 20 April 2016. Rayuan ini terbuka kepada semua bakal haji yang telah mendaftar dengan tabung haji tetapi masih belum mendapat panggilan giliran menunaikan haji pada tahun 2016 atau musim haji 1437H. Namun, adalah sebaiknya mereka yang mempunyai alasan yang sangat kritikal untuk membuat rayuan haji ini, untuk melicinkan urusan pembuat keputusan di pihak tabung haji itu sendiri.

Permohonan Rayuan Haji Musim 1437H/ 2016M

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.


Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H


Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor

18 Disember 2015

Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
NO. KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,



(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400


Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

i. e-mel - th-info@lth.gov.my,
ii. faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

Nota:
Anda semua dipersilakan untuk copy paste contoh surat rayuan haji di atas tanpa meminta kebenaran daripada saya. Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. assalam nak tnya kalu send thru emel nk sign camner?

    ReplyDelete
  2. Mohon copy. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. saya rujuk page tuan ini dan ambil panduan dan copy mana2 saya perlu, saya mohon kebenaran tuan

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close