Personaliti Orang Lahir Bulan Januari

aynora nur | 31 December, 2015,4:16 PM |
Advertisement
Personaliti Orang Lahir Bulan Januari. Bulan Januari menjelang lagi. Bulan paling tua dalam 12 bulan yang ada. Bila dilahirkan dalam bulan Januari sesama rakan sekelas, kita automatik digelar kak long atau abang long. Ada kata paling cepat tua antara rakan sebaya. Argh!! Itu mitos je, lahir bulan Januari kan istimewa. Kitalah paling awal menyambut hari lahir, dan kitalah yang paling cepat matang. Bermakna, dalam ramai rakan sekelas...kitalah jadi tempat rujukan, kononnya sebab dah dewasa..heheh..

Personaliti orang lahir bulan Januari

Orang lahir bulan Januari pun pandai masak dan pandai buat untung dalam perniagaan. Tak kenal orang ternama Malaysia yang lahir dalam bulan Januari? Cuba teka?? Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza...

Jika anda lahir sama bulan dengan Dato' Siti, anda pasti seorang yang bercita-cita tinggi seperti beliau. Syabas!!


Personaliti Orang Lahir Bulan Januari


Sebagaimana kupasan saya sebelum ini mengenai bulan kelahiran, artikel ini ditulis berdasarkan kajian bulan kelahiran yang dilakukan oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Antara personaliti orang yang lahir bulan Januari adalah:-

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

Benarkah begitu? Adakah anda yang dilahirkan dalam bulan Januari bersikap terlalu cemburu? Jika ya, buanglah sedikit demi sedikit sikap tersebut kerana ia boleh memudaratkan sesuatu hubungan. Mungkin anda cemburu disebabkan terlalu setia? Hmm...setia biarlah berpada-pada. Kombinasi setia dan cemburu jika ditangani dengan matang akan menjadikan anda seorang yang kental dan kuat hadapi cabaran. Tukarkan sikap negatif kepada positif. 

Dalam ahli keluarga saya juga ada yang dilahirkan dalam bulan Januari. Pada pendapat peribadi saya sendiri, mereka yang lahir bulan Januari amat sukakan kanak-kanak. Mereka penyayang, tak pandai marah dan agak keanak-anakan juga. Walau telah menginjak dewasa, masih manja dengan ibu mereka. Betul kan?

Personaliti orang lahir bulan Januari

Orang yang lahir bulan Januari agak pemalu dan pendiam tetapi apabila telah mengetahui kelemahan seseorang itu, ia bertukar menjadi pengkritik yang hebat. Malu-malu kucing la tu..

Namun begitu, dalam warna warni personaliti orang lahir bulan Januari seperti disenaraikan di atas, kekalkan sikap baik anda dan tinggalkan personaliti yang kurang disenangi. Kita boleh mengubah tanggapan orang terhadap kita jika kita berjaya membuktikannya. 

Selamat hari lahir Januari...keep sweet &_nice. 
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Personaliti Orang Lahir Bulan Januari"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top