Punca Sakit Tumit Kaki

aynora nur | 10 December, 2015,5:08 PM |
Advertisement
Punca Sakit Tumit Kaki - Sakit tumit kaki biasanya menyerang warga emas yang berumur 50-an ke atas. Namun ada juga sakit tumit kaki yang menyerang golongan muda terutamanya mereka yang aktif bersukan. Bila tumit kaki sakit, banyak kerja yang tergendala, dan adakala terpaksa berjalan menggunakan tongkat, jika keadaan sudah terlalu serius.

Ada banyak bahan bacaan yang boleh diperolehi untuk dijadikan rujukan tentang sakit tumit yang saya sebutkan di atas. Anda juga boleh mengetahui punca-puncanya, jenis rawatan yang sesuai dan cara mengatasinya dari peringkat awal.




Ada juga ubat atau pil makanan kesihatan seperti MAS B17 Biji Aprikot yang boleh merawat sakit tumit kaki. Anda boleh baca mengenainya di SINI.


Punca Sakit Tumit Kaki


Sakit tumit kaki? Mungkin bunyinya agak remeh, tetapi sakit tumit adalah antara masalah yang sering membawa pesakit berjumpa doktor selain kerap mengambil cuti sakit kerana sukar berjalan.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.

Jika dilihat, plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.

Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali.

Biasanya, masalah tumit sakit ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Pemulihan KPJ Tawakkal, Dr. Saini Jeffery Freddy Abdullah, kasut yang tidak sesuai merupakan salah satu penyebab terjadinya sakit tumit dan terdapat banyak sebab yang boleh mengakibatkan kesakitan pada tumit dan antara lainnya ialah berdiri terlalu lama ataupun berjalan terlalu lama.

Siapa Yang Selalu Diserang Sakit Tumit Kaki?


1. Disebabkan masalah ini berpunca daripada masalah penuaan, selalunya ia membabitkan pesakit di lingkungan pertengahan umur.

2. Obesiti.

3. Ahli sukan seperti pelari - selain individu-individu yang banyak melakukan aktiviti, sakit tumit juga tidak terkecuali kepada ahli-ahli sukan di mana akan berlaku hentakan pada tumit akibat terlalu banyak berlari.

4. Golongan pekerja yang memerlukan banyak pergerakan seperti jururawat

5. Tapak kaki yang leper.

6. Mereka yang alami masalah otot betis yang tegang juga berisiko alami masalah ini.

7. Sakit tumit juga seringkali terjadi ke atas golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut bertumit tinggi dalam jangkamasa yang lama.

Cara merawat sakit tumit kaki


Rawatan Sendiri

Ada beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini. Pesakit dinasihati supaya sentiasa memakai kasut yang sesuai seperti kasut yang mempunyai tapak lembut diperbuat daripada getah atau foam (seperti ada dalam kasut sukan).

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan insole atau pelapik tambahan di bahagian tumit. Ia lazimnya diperbuat daripada silikon yang diletakkan dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada tumit dan melegakan kesakitan.

Pesakit juga boleh cuba meletakkan ketulan ais yang dibungkus dengan plastik dan kain ke atas tumit yang sakit. Kaedah ini berupaya mengurangkan kesan radang dan seterusnya sakit di tumit.

Senaman untuk meregangkan tisu plantar boleh dibuat beberapa kali sehari (disyorkan tiga kali sehari). Kajian menunjukkan senaman ini lebih berkesan jika ia dimulakan dalam masa enam minggu bermulanya sakit tumit. Seeloknya senaman untuk regangan ini dibuat pada waktu pagi dan juga sebelum berdiri, setelah duduk pada waktu yang lama. Ahli fisioterapi boleh mengajar teknikteknik senaman ini.

Rawatan Doktor

Sebelum memulakan rawatan, doktor mungkin akan menasihati anda supaya menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X ke atas tumit untuk melihat tanda- tanda ketumbuhan tulang di tumit. Imbasan sinar-X boleh menunjukkan kesan klasifikasi tisu plantar itu.

Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI yang dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit. Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses keradangan, doktor boleh memberi pesakit ubat antiradang selama beberapa hari untuk mengurangkan keradangan ini. Sesi fisioterapi dengan ultrasound juga dapat mengurangkan proses ini.

Selain daripada terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). ESWT seakan ultrasound dan gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia untuk merangsang proses pemulihan.

Selain itu, untuk mempercepatkan proses mengurangkan keradangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan di sekitar plantar fascia ini. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi.

Kebanyakan penghidap masalah plantar fasciitis ini boleh sembuh dengan cara yang disebutkan di atas, walaupun ia mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh. Bagi segelintir kecil pesakit masalah ini tidak sembuh walaupun beberapa kaedah rawatan dilakukan. Doktor pakar mungkin harus membuat kajian dengan lebih teliti untuk memastikan sakit tumit pesakit bukan berpunca daripada masalah selain plantar fasciitis.

Pembedahan boleh juga ditawarkan bagi segelintir pesakit yang tidak sembuh selepas menjalani rawatan biasa. Rawatan baru bernama Radiofrequency microtenotomy boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini. Dalam prosedur ini, keratan dibuat di tumit pesakit dan plantar fascia yang sakit itu ditebuk supaya proses penyembuhan dapat berlaku.

#Sumber 1
#Sumber 2
Tag : Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Punca Sakit Tumit Kaki"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top