Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aquarius Mudah Menyesuaikan Diri

Aquarius Mudah Menyesuaikan Diri - Saya suka membaca tentang zodiak. Tak mengira samada ia dalam versi melayu, cina atau india, semua saya baca. Bila membaca tentang zodiak, kita macam dapat satu idea untuk melihat karekter sahabat, orang terdekat ataupun musuh kita. Heheh...

Lagipun, secara santainya ada banyak maklumat yang positif boleh dilihat daripada ramalan zodiak seseorang yang menjadikan seseorang lebih bersemangat. So, janganlah jadikan tulisan saya tentang zodiak sebagaimana di bawah nanti sebagai sesuatu yang amat serius, mesti diikuti dan sebagainya.


Artikel ini ditulis secara santai, dan sebagai bacaan tambahan jika anda mahu menganggapnya begitu. Jangan percaya apa yang ditulis 100%, sekali lagi saya tegaskan...tulisan ini adalah sekadar info santai dalam mengenali karekter seseorang.

Terpulanglah...

Aquarius Mudah Menyesuaikan Diri 


Info tentang zodiak Aquarius 2016

Tarikh Lahir: 20 Januari - 19 Februari
Love Rating: 3
Mood Rating: 2
Finance Rating: 2
Career Rating: 3

Tentang Cinta

Horoskop 2016 untuk Aquarius akan lebih stabil khususnya jika berkaitan dengan hubungan. Mereka yang lahir pada lambang zodiak ini dikendalikan oleh planet uranus yang akhirnya akan memiliki kesempatan untuk menggunakan idea-idea masa depan mereka. Berbanding di tahun 2015 dimana anda mengalami banyak masalah dan situasi sukar, tahun ini anda boleh mengharapkan kejayaan. Khususnya di awal pertengahan tahun ini mereka yang berbintang Aquarius akan stabil dan berada pada posisi positif. Anda harus mengambil kesempatan dari keadaan ini.

Tentang Emosi

Berbanding cinta, emosi Aquarius tahun 2016 agak merundum, kurang stabil dan memerlukan banyak ketenangan. Keupayaan menyesuaikan diri yang tinggi bagi mereka yang berzodiak Aquarius mungkin boleh membantu anda menghadapi mood yang kurang stabil tersebut. Tenangkan fikiran dan lebihkan masa untuk diri sendiri.

Jangan risau. Keadaan akan berubah menjelang pertengahan tahun. Anda yang sedang bertunang akan menjalin hubungan yang harmoni dengan pasangan anda.

Tentang Kerjaya

Dalam pekerjaan, terdapat masalah yang anda tidak dapat selesaikan akan muncul. Berterimakasihlah pada kemampuan anda, kerana mungkin andalah yang akan membantu dan menemukan sesuatu penyelesaian yang tepat. Lebihkan kerja keras dan ketekunan serta peningkatan dalam kerjaya anda. Jangan abaikan keluarga dan teman-teman anda, paling tidak luangkan sedikit masa buat mereka. Elakkan terlalu banyak kerja lebih masa dalam bulan Mac tahun 2016.

Menjelang pertengahan tahun kerjaya anda akan menuju suksess. Namun begitu anda kenalah bekerja keras untuk mengekalkan apa yang telah anda capai.

Setelah berjaya anda kena lebih berhati-hati dengan rakan di sekeliling anda. Mungkin ada yang iri hati dengan kejayaan anda. Bergaul dengan sederhana dan jangan menyakiti orang lain.

Tentang Kewangan

Belajarlah dari kesilapan. Pengalaman negatif masa lampau juga sangat berharga. Zodiak Aquarius akan mengalami bulan-bulan akhir tahun 2016 penuh kedamaian. Semuanya akan menuju suksess dan kesihatan anda juga menjadi baik. Kewangan anda juga semakin stabil. Namun begitu usahlah terlalu gembira, kerana anda masih terpaksa menguruskan dan mengekalkan kestabilan kewangan anda secara berterusan.

Walau apapun, andaian atau tekaan di atas yang dibuat untuk mereka yang dibawah zodiak Aquarius adalah sekadar ulasan santai dan sebagai info umum sahaja. Jangan terlalu fanatik dengan segala andaian dalam kehidupan kerana kita tidak tahu pasti, apakah corak masa depan kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Perancangan Allah lah yang paling cantik dan tepat untuk kita.

#sebarkan bahagia...   

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close