Bukan Semua Yang Terjadi Mengikut Kehendak Kita

aynora nur | 07 January, 2016,12:25 PM |
Advertisement
Bukan Semua Yang Terjadi Mengikut Kehendak Kita. Inilah susahnya menjaga hati sendiri. Buat sesuatu mesti mahukan hasil yang diimpikan. Bila tak menjadi seperti kehendak kita, mulalah putus semangat, hilang mood. Entah kemana terbang segala anganan setinggi Gunung Kinabalu. Bak kaca terhempas ke lantai. Berderai. Mimpi pun retak seribu.

Siapa kata saya tak pernah tewas dalam mengejar cita-cita. Siapa sangka saya yang dulunya pekerja kilang, kini seorang lulusan MBA dengan pengkhususan Perniagaan Antarabangsa. Tak saya menduga sekiranya saya yang dulu, kuat memberontak dan tidak mahu belajar telah dianugerahkan kepandaian daripda Allah SWT. Anda pun mesti pernah alami 'gangguan' dan 'celaru emosi' seperti saya ketika remaja...kan...kan...

Saya yang dulu bukanlah yang sekarang. Semua manusia berubah. Samada daripada baik kepada jahat atau sebaliknya.

Hikmah Bila Hati Dilukai


Eh!!

Ini bukan cerita jiwang karat tentang hati. Ini adalah kisah perumpamaan bila impian dicita tetapi kecundang di tengah jalan. Mengapa hati dilukai oleh gagalnya sesuatu usaha yang dikerjakan bertahun-tahun. Contohnya dah buat butik, siap hias bagai, bila nak mula niaga...partner lesap tak dapat dikesan. Hilang semua modal yang dikumpul sekian lama. Menangis airmata darah sekalipun benda dah tiada. Apakah natijahnya? Di sinilah kita sedar...bahawa kita masih bernasib baik sebab Allah tarik kita dari terjerumus ke lembah yang lebih dalam, mungkin jika kita teruskan bisnes itu kita akan lebih rugi berjuta ringgit. Lebih baik menyesal sekarang daripada sesal di kemudian hari. Mungkin boleh buat kita gila...na'auzubillah..


Bukan Semua Yang Terjadi Mengikut Kehendak Kita



Bukan Semua Yang Terjadi Mengikut Kehendak Kita


Usah dipersoalkan mengapa Allah tidak menurut semua kehendak kita. Siapalah kita untuk mempertikaikan perancangan yang Allah telah buat untuk kita, sejak azali lagi...

Mari lihat semula hikmah mengapakah tidak semua yang terjadi mengikut kehendak kita? Renung-renungkan bersama-sama...


1. Allah selamatkan kita

Tanpa sedar sebenarnya Allah telah selamatkan kita. Daripada apa? Macam-macam musibah yang kita tak nampak, kerana kita hanya manusia biasa. Pandangan Allah amat nyata samada pada benda yang tersembunyi atau sebaliknya.


2. Sebab Allah sayang kita

Kerana DIA amat sayangkan kita. Bukan semua kehendak yang kita bayangkan dan mahu miliki itu boleh mendekatkan kita kepada Allah. Jika Allah beri kita dapat miliki kereta BMW, mungkin kita akan semakin lalai dan jauh dariNya.


3. Allah mahu kita terus mengingatinya

Bila lambat atau tak dapat apa yang dikehendaki, Allah mahu kita terus megingatinya. Sentiasa menyeru dan memohon kepadaNya dalam doa-doa kita. Andai...semua kemahuan telah dperolehi, masihkah kita hambaNya yang lemah ini akan masih terus berdoa? Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati kita.  


4. Bersyukur dalam semua keadaan

Walau tidak mendapat apa yang kita kehendaki, sebenarnya Allah menunjukkan hikmah supaya kita bersabar. Jangan berhenti bersyukur. Dapat atau tidak rumah banglo idaman tersebut, tetaplah bersyukur. Dapat sedikit bersyukur. Dapat banyak pun bersyukur. Kemudian, bersedekahlah.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih”.” (QS. Ibrahim: 7)
Tag : Motivasi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Bukan Semua Yang Terjadi Mengikut Kehendak Kita"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top