Header Ads

Cara Jadi Orang Terkaya Di Dunia


Mahukah Anda Jadi Orang Terkaya Di Dunia? Memiliki segalanya dan melebihi segala seisi dunia. Kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Ketika itu anda tidak lagi dihimpit hutang keliling pinggang bahkan boleh hidup dengan aman dan nyaman. Bila dah kaya, tiada perasaan takut sama sekali. Hanya takutkan Allah semata-mata.

Cara jadi orang terkaya di dunia bukanlah mudah. Perlukan orang yang terpilih, orang yang suci luar dan dalam dan hanya orang yang sabar mampu melakukannya. Silakan anda baca sampai akhir untuk mengetahui cara menjadi orang terkaya di dunia...

Cara Jadi Orang Terkaya Di Dunia


Anda mungkin kenal antara 10 orang terkaya di malaysia 2015. Tetapi sebenarnya anda boleh lebih kaya daripada mereka bahkan daripada seisi dunia lainnya.

Siapa tak kenal Datuk Mokhzani Mahathir, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan ramai lagi yang lain.

Namun begitu tahukah anda bahawa orang yang solat subuh berjemaah dan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh itu memiliki kekayaan yang melebihi dunia dan segala isinya? Mereka itulah orang yang terkaya di dunia!!

Cara Jadi Orang Terkaya Di Dunia

Dari Aisyah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat solat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Turmudzi, Nasa'i & Ahmad)

Bayangkan fadhilat kepada mereka yang sabar, khusyuk dan mampu bangun awal untuk melakukan solat sunat fajar tersebut. Subhanallah...Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Apakah yang dinamakan solat sunat Fajar?

Yang dimaksudkan dengan solat sunat fajar adalah solat sunat yang dilaksanakan setelah terbit fajar dan masuknya terbit fajar, bermaksud masuknya waktu subuh yang ditandai dengan azan subuh, dan dalam kebiasaan Rasulullah, solat tersebut dilakukan sesudah azan sebelum solat subuh atau disebut juga dengan solat qabliyah subuh (sebelum subuh) yang termasuk dalam urutan solat sunat rawatib.

Solat sunat Fajar dilakukan sebanyak 2 rakaat. Niat solat sunat fajar adalah seperti berikut:
Ushalli sunnatalfajri rakaataini qabliyatan lillahi Ta’ala. Ertinya: aku niat shalat sunnah sebelum subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Ada hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW membaca surah al kafirun dan al ikhlas selepas bacaan al fatihah setiap rakaat.

Dari Abu Hurairah ra. Bahawa: “Rasulullah membaca pada dua rakaat sesudah terbit fajar ayat Qulya ayyuhal kafirun (surat al-kafirun) dan Qul huwallahu ahad (surat al-ikhlas)”.

Setelah anda baca sampai habis tentu anda faham apa yang saya maksudkan. Untuk melakukannya, untuk menjadi orang terkaya di dunia, tidak semua orang mampu. Hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat melakukan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh tersebut, mereka itulah menjadi orang yang beruntung.

Salam ikhlas salam kekayaan dunia untuk akhirat.

#sebarkan bahagia 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.