Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress

aynora nur | 12 January, 2016,12:15 PM |
Advertisement
Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress - Anak adalah harta paling bernilai yang dikurniakan kepada setiap ibu bapa selain wang ringgit dan lain-lainnya. Anak-anak yang normal akan membesar mengikut peringkat perkembangan yang sesuai dengan umur mereka. Dari merangkak, berjalan dan berlari, semuanya berlaku mengikut peraturan semulajadi kitaran hayat manusia. Dalam proses tumbesaran tersebut, tentu anak-anak kita akan bertembung dengan konflik persekitaran, pemakanan, pemikiran dan banyak lagi. Itu yang menimbulkan tekanan atau stress terhadap anak-anak tersebut.

Jennifer Shroff Pendley, PhD dari The Society of Pediatric Psychology Board mengatakan bahawa penyebab stress pada anak ada banyak sebab;
"Aktiviti yang terlalu banyak, sakit, kehilangan orang yang dicintai dan perceraian orang tua merupakan beberapa penyebab stress pada anak."

Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress


Jadi, bagaimanakah caranya kita nak mengetahui jika anak kita sedang stress? Apakah tanda-tandanya?

1. Terlampau Nakal

Kanak-kanak terutamanya akan menjadi terlampau nakal jika dia stress. Perasaan memberontak yang tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata menyebabkan anak-anak kecil dan remaja terutamanya menjadi terlalu nakal hingga menyusahkan ibubapa. Dalam had umur 12 - 21 tahun inilah anak-anak menunjukkan kenakalan sebenar mereka. Itu tandanya mereka stress. Oleh itu dekati mereka dan sentuh hati mereka dengan lembut agar tekanan yang dihadapi boleh kita fahami dan kemudiannya selesaikan.

2. Hyperaktif

Anak yang stress akan kelihatan sangat aktif. Ada beberapa tindakan yang menunjukkan anak-anak sedang stress seperti menendang, memukul, menggigit dan juga menjerit. Cuba buka ruang komunikasi dengan mereka dengan perlahan-lahan. Dekati mereka dengan lembut. Namun jika cara tersebut tidak berjaya, sebaiknya segera mendapatkan nasihat doktor atau ahli terapi kanak-kanak.

3. Kuat menangis

Anak yang stress juga kuat menangis terutamanya bayi hingga mereka yang berusia 8 tahun. Stress di sekolah, mereka tidak mahu pergi sekolah. Bila diminta pergi sekolah, mereka menangis semahu-mahunya. Bila dihantar ke taska, mereka meronta-ronta danmenangis tidak berhenti. Untuk menghilangkan stress sebegini, biasakan anak-anak dengan persekitaran sekolah atau taska.

Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress


4. Mengigau ketika tidur 

Sering mengalami sakit perut atau susah tidur juga mungkin disebabkan oleh stres yang dialami oleh anak. Jika anak anda tiba-tiba mengalami perubahan pada pola makan, sering sakit perut, dan susah tidur ada baiknya anda segera menemui doktor untuk meminta pertolongan dan nasihat.

Keletah atau gelagat anak yang stress antara lainnya mungkin juga bila anak berubah pendiam. Atau ada juga anak yang kencing malam, itu pun mungkin tanda dia stress atau terlalu penat.

Walau apapun tanda-tandanya, anak yang stress tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Masalah tersebut harus ditangani dengan segera bagi mengelakkan anak-anak bertukar personaliti untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri. Itu bahaya! Jaga-jaga...

#Sebarkan info
Tag : Keluarga
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Cara Ketahui Jika Anak Kita Stress"

anak saya kalau terlebih makan gula mesti hyperaktif terlebih

iya, terlebih gula dalam badan memang buatkan kita hyperactive..kena kurangkan tu..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top