Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji

Ada banyak cara untuk tambah simpanan tabung haji anda. Antaranya deposit tunai di kaunter-kaunter tabung haji, arahan potongan gaji dan transfer dari bank terus ke akaun tabung haji anda. Iaitu menggunakan cara transfer Maybank2u ke akaun tabung Haji anda. Yang ini memang mudah kerana kebanyakan kita lebih selesa membuat urusan perbankan secara online.

Saya tunjukkan cara mudah guna Maybank2u transfer terus ke akaun tabung haji anda. Sebelum itu, anda mestilah telah:

1. Anda haruslah telah membuka akaun tabung haji.
2. Anda juga mesti ada akaun dengan maybank dan kad ATM maybank
3. Dalam akaun maybank anda ada wang yang mencukupi untuk membuat transfer wang nanti

Dah sedia semua yang saya sebutkan di atas, barulah buat urusan selanjutnya.

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji


Cara-cara mendaftar Akaun Tabung Haji di mesin ATM 

1. Masukkan kad ATM anda dan tekan password seperti biasa.
2. Klik pada MENU UTAMA, kemudian pilih Sub Menu: Tabung Haji
3. Kemudian pilih, daftar akaun Tabung Haji kepada ATM
4. Langkah seterusnya, memasukkan 15 digit nombor akaun Tabung Haji anda
5. Langkah terakhir anda akan diminta memasukkan NOMBOR SIRI AKAUN TABUNG HAJI anda

Contoh seperti gambar dibawah:
Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Akaun Tabung Haji


Selesai pendaftaran di mesin ATM, anda terus boleh LOG IN ke Maybank2u untuk membuat transaksi pemindahan:
  • sama ada dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji, 
  • daripada akaun Tabung Haji ke Maybank2u, 
  • malah ada jugak third party dari Maybank2u ke akaun Tabung Haji ahli keluarga anda. 
Cara transfer dari Maybank2u ke Tabung Haji online pula adalah seperti berikut:

1. Log masuk ke dalam akaun Maybank2u anda.

2. Klik pada menu "Accounts & Banking"

3. Kemudian, klik pada button "Transfers". Setelah paparan lengkap keluar, klik pada "Tabung Haji"

4. Seterusnya, klik pada "Fund Transfers"

5. Paparan skrin untuk "Fund Transfer" akan memaparkan banyak tujuan transaksi kewangan anda. Pilih yang mana satu, yang penting ada wang dalam akaun anda.

6. Seterusnya adalah proses transaksi seperti biasa dan pastinya memerlukan pengesahan nombor TAC. Setiap kali transaksi melibatkan 6% servis GST.

7. Akhir sekali, sekiranya anda berjaya status akan menunjukkan "SUCCESSFUL". Minimum transaksi perpindahan adalah RM1.00. Plus GST RM1.06. 

So, bila dah tahu cara transfer duit dari Maybank2u ke akaun tabung haji, mudahlah urusan kita. Ya tak? Semuanya di hujung jari. Namun, berhati-hatilah membuat transaksi secara online bagi mengelakkan akaun anda diganggu oleh skim scam...

Selamat menyimpan untuk perjalanan ke tujuan akhir kita di dunia... 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Ini antara benda wajib dibuat setiap kali dapat gaji. Malangnya, hari dapat gaji...dapat pagi..duk depan laptop, bayar itu ini.. selesai! Dah separuh gaji hilang.. donia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kehidupan harus dijalani Sdr Khamsi. Yang penting ada jugaa disimpan & niat disitu..;)

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close