Dan Dia Pergi Lagi

aynora nur | 03 January, 2016,4:12 PM |
Advertisement
Dan Dia Pergi Lagi. Tidak memberi peluang kedua untuk diri ini mengutip serpihan lalu untuk dihimpunkan buat melalui hari-hari bersama. Kamu pernah pulang dan kini kembali pergi. Mungkin sepurnama baru ketemu semula. Dalam kejauhan itu, apakah kamu mengingati setiap butir bebelan diri ini? Segala khazanah nasihat masihkan bertafakur dalam benak fikiran.

Kamu pergi. Sudah selalu begitu. Bila kamu kembali, kamu sudah semakin besar. Kamu sudah dewasa. Sesekali terasa kamu semakin jauh. Argh!! Mungkinkah itu sekadar sebuah halusinasi tak bertepi?


Dan Dia Pergi Lagi


Tadi sewaktu kita berpisah ada titis-titis jernih dibirai mata. Ia bertakung di situ. Menunggu masanya membasahi bumi. Dan, dakapan erat pun terlerai. Diri ini tak mampu bertahan. Setelah kamu jauh melangkah meneruskan perjalanan baru merangkul impian di bumi jauh, titisan itu terlerai jua. Banjir di mana-mana. Berbalam-balam langkahmu. Jauh dan semakin hilang ditelan tembok batu.

Kamu tidak menoleh ke belakang. Langkahmu kejap & jitu. Tetapi begitulah, di balik dinding itu kamu menangis. Tersembunyi kesedihan membiarkan kejoramu berlalu pergi. Begitulah kamu akan bercerita bila kita bertemu nanti, sepurnama lagi. Selalu begitu. Dan, dalam syahdu kerinduan itu, kita akan melerai tawa mengenang memori perpisahan saban waktu.

Dan Dia Pergi Lagi

Sedih itu kadang-kadang indah. - Begitulah luah diri ini.

Dalam perjuangan membelah badai dunia, jangan dilupa hangatnya syurga Illahi yang pasti menanti. Dalam mengejar kasih mewangi ciptaan manusia, jangan leka haruman firdausi temanmu yang hakiki.

Berlarilah, tetapi sesekali berjalanlah...agar kamu kenal erti penat lelah. Belajarlah, tetapi sesekali bermainlah...agar kamu tahu bahawa hidup ini ada banyak pilihan. Berbahagialah, tetapi sesekali rasai derita...agar kamu tak akan berani melukakan sesiapa.

Teruskan langkahmu duhai permata jiwa. Jika kamu rasa lelah, dengarkanlah merdu madah berhelah diri ini, bersandarlah pada teguhnya kasih sejati. Usah longlai di pertengahan jalan, kerana Doa ini penguat dan keramat yang didengar oleh sang pemilik alam. Tiada hijab.

Teruskanlah...restuku ada di mana-mana.

#sebarkan bahagia.
Tag : Luahan
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Dan Dia Pergi Lagi"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top