Doa Dan Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung

aynora nur | 08 January, 2016,2:37 PM |
Advertisement
Doa & Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung - Berbagai penyakit yang di derita seseorang itu sebenarnya merupakan ujian dan cubaan dari Allah, agar mereka bertaubat dan kembali kepada Allah. Apabila ditimpa sakit, kita bukan lah diharap hanya berserah tanpa berusaha langsung. Antara perubatan yang boleh dilakukan adalah rawatan penyakit menggunakan ayat-ayat al Quran. Al-Quran merupakan ubat dan penyembuh bagi berbagai penyakit yang di tanggung manusia, baik penyakit fizikal, jiwa mahupun penyakit akibat gangguan jin dan sihir. Sebagaimana diingatkan Allah dalam surah Al israak ayat 82:
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian (Al Israak 82)

Doa Dan Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung


Kaedah Rawatan Ustaz Sharhan Shafie

Untuk merawat penyakit jantung, amalkan formula dan kaedah rawatan ayat al Quran. Tapi sebelum itu, cara-caranya buatlah sepeti berikut:

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah BERJAYA.


Doa 1 : Surah Yunus Ayat 57

Doa Dan Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung

Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus Ayat 57)


Doa 2 : Surah Fussilat Ayat 44



Doa Dan Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung

Surah Fussilat : Ayat 44 Dalam Rumi

walaw ja'alnaahu qur-aanan a'jamiyyan laqaaluu lawlaa fushshilat aayaatuhu a-a'jamiyyun wa'arabiyyun qul huwa lilladziina aamanuu hudan wasyifaaun waalladziina laa yu/minuuna fii aatsaanihim waqrun wahuwa 'alayhim 'aman ulaa-ika yunaadawna min makaanin ba'iidin

Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).

Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”
(Surah Fushillat: Ayat 44)

Nota: Ayat-ayat di atas juga terdapat dalam Kitab Manzil dan dinamakan Ayat Ayat Syifa/Penyembuh. Oleh itu mulakanlah pagi kita dengan bacaan ayat-ayat tersebut. InsyaAllah kita akan selamat didunia dan diakhirat.

#sumber
Tag : Himpunan Doa
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Doa Dan Ayat Al Quran Untuk Penyakit Jantung"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top