Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah

aynora nur | 15 January, 2016,7:53 AM |
Advertisement
Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah | Semua orang pernah buat salah dengan Allah. Sebagai insan yang lemah, kita layak digelar pendosa samada perbuatan yang dilakukan itu sengaja atau tidak, disedari atau sebaliknya. Seorang pendosa yang insaf, akan berlumba-lumba memohon keampunan Allah sepanjang masa apabila dia teringat. Alangkah banyak dosa yang kita lakukan tetapi tanpa segan kita masih meminta macam-macam kepada Allah.

Lemahnya hati seorang hamba. Hari ini bertaubat, esok lusa buat lagi, dengan alasan Allah Maha Pengampun. Ya, memang betul Allah Maha Penyayang..tetapi, sebagai hambaNya yang bertaqwa, kita tentu rasa malu melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama berulang kali. Contohnya berbuat maksiat. Tidak ada sedetikpun rasa malu kepada Allah bila kita mengulang dosa tersebut? Jom sama-sama kita fikirkan. Peringatan untuk diri ini juga...

Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah


رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ 

Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah

Bacaan doa dalam rumi:

Rabbighfirli watub 'alaiyya,
Innaka ant tattawwaa burrahiim

Diriwayatkan daripada Ibn Umar, katanya:
Kami membilang untuk Rasulullah SAW dalam satu majlis sebanyak 100 kali: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang. (Sunan Abu Daud)
Jadi boleh diamalkan sebanyak 100 kali doa ringkas mohon keampunan Allah, dibaca selepas solat. Namun jika mampu 33 kali, bacalah juga...yang penting berterusan ya..

Semoga segala perkongsian dalam blog kecil ini dapat memberikan inspirasi dan manfaat yang luas kepada pembaca di luar sana.

Yang baik datangnya dari Allah jua...

#sebarkan bahagia


Tag : Himpunan Doa
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Doa Ringkas Memohon Keampunan Allah"

Terima kasih, kita memang disarankan berdoa kerana doa adalah senjata mukmin :)

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top