Header Ads

Doa Untuk Mendapat Limpahan Rezeki Yang Berterusan


Advertisement
Doa Untuk Mendapat Limpahan Rezeki Yang Berterusan. Ada banyak doa yang boleh diamalkan agar kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, halal lagi berkat. Ada ustaz kata dengan beristighfar pun kita boleh mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Dengan banyak memberi dan bersedekah dengan ikhlas, rezeki anda pun ikut bertambah. Tidak mengurangi harta sekelumitpun jika anda rajin bersedekah. Jadi, banyak sumber datangnya rezeki yang halal. Yang penting ada usaha, doa, tawakkal dan terus istiqamah.

Doa Untuk Mendapat Limpahan Rezeki Yang Berterusan

Allah SWT berfirman,
Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Ada juga selalu dengar ceramah ustaz Kazim Elias, ustaz Azhar Idrus, Dr Fadzillah Kamsah dan ramai lagi ustaz memesan kita agar selalu sedekahkan al Fatihah untuk ibu bapa tersayang. Samada masih hidup atau sudah meninggal dunia. Insyaa Allah rezeki kita tak putus-putus. Inipun bagus diamalkan.🌸🌸Saya dahpun mengamalkan, memang terbukti berkesan.

Doa yang dikongsikan di bawah adalah gabungan doa & zikir yang boleh mendatangkan rezeki yang berkekalan. Doa ini sudah biasa saya amalkan dan kini saya kongsikannya dengan anda semua.


Doa Untuk Mendapat Limpahan Rezeki Yang Berterusan



Ada beberapa doa yang boleh diamalkan, antaranya:-

1. Doa mendapat limpahan rezeki


Doa Untuk Mendapat Limpahan Rezeki Yang Berterusan


  • Baca Subhanallah (33 kali)
  • Baca Alhamdulillah (33 kali)
  • Baca Allahuakbar (33 kali)
  • Baca Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad (33 kali) - Ertinya Sesungguhnya inilah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis. {Surah Sod: ayat 54}.


2. Doa Ayat 1000 Dinar


Baca pencerahan & cara amalkannya di sini: Ayat 1000 Dinar


Ada lagi beberapa doa yang sering diajarkan oleh ustaz & ustazah, tetapi terpulang kepada anda untuk mengamalkannya. Yang penting berdoa dengan ikhlas dan penuh keyakinan. ☺☺

#sebarkan bahagia.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.