Header Ads

Jika MC, Biarlah Benar-Benar Sakit


Advertisement
Pagi Isnin memang macam-macam boleh berlaku. Ada pelbagai isu yang kelakar, sadis dan muram boeh tercetus bila tiba hari isnin. Ini sebenarnya apa? Minda yang salah setkah? Atau persepsi yang negatif terhadap hari isnin? Ada yang telefon ambil MC - medical certificate. Sakitlah tu...Jika MC, biarlah benar-benar sakit. Bukan sebab anda malas kerja! Bukannya didorong oleh nafsu malas semata-mata.

Ada sesetengah jabatan (negeri johor la..) yang tak ada masalah pada hari isnin kerana waktu kerja mereka bermula pada hari Ahad. Bagi sektor swasta (macam saya) yang waktu kerja nya bermula pada hari isnin, ia dah macam badi pulak pada sesetengah orang. Sebutkan isnin aje, terus perut memulas. Penyakit buat-buat dah muncul...heheh...

Jika MC, Biarlah Benar-Benar Sakit 

Saya nak pesan pada diri sendiri dan juga pada kawan-kawan pembaca yang budiman. Jika nak ambil MC, biarlah benar-benar sakit. Migraine yang teruk, contohnya..Janganlah kerana malas anda ambil MC sesuka hati. Bukannya apa, ia menganggu kelancaran kerja kawan setugas yang lain. Ada benda yang anda tak sempat siapkan, rakan-rakan yang akan menanggungnya. Fikirkan hal orang lain jugak sebelum anda ambil MC.

So, sebelum nak kucar kacirkan perasaan kawan-kawan dengan MC anda pada setiap hari isnin, fikirkan juga jika mereka bertindak begitu terhadap anda. Berpada-padalah. Jika Allah turunkan sakit yang sebenarnya, barulah waktu itu terasa menyesal tak berguna. Betul tak?

Namun jika benar-benar sakit, berehatlah. Doktor lebih tahu tentang kemampuan anda untuk bekerja atau sebaliknya. Manfaatkan MC yang diberi untuk berehat. 

Tahukah anda?? MC yang dibuat-buat adalah haram hukunya dalam islam. Saya ada terbaca pandangan daripada Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini. Sebabnya...MC menipu ni tak berkat. Banyak pihak yang berasa susah jika kita menipu. Banyak kesan tak baik dan bawa keburukan kepada silaturrahim sesama rakan sekerja.

Fikirlah...sebelum kita menipu tentang MC ya...hihi

#inspirasi kerjaya
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.