Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka

aynora nur | 27 January, 2016,10:19 PM |
Advertisement
Kembali Kuat Selepas Terluka. Benarkah tajuk yang tertera ini? Jiwa kembali bangkit dan kuat setelah terluka. Ada juga benarnya, mungkin...

Jiwa yang kuat tidak akan melemah jika ia disakiti. Kerana ia tahu setiap kesakitan adalah proses membangun kekuatan.

Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka


Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka


Berikut disenaraikan lima langkah yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses pemulihan hati yang terluka akibat kehilangan orang tersayang atau setelah hati dilukai untuk bangkit dengan semangat baru.

1. Buat keputusan untuk melupakan

Proses pemulihan ini tidak akan berlaku dengan sendiri sebaliknya anda perlu membuat komitmen dan keputusan untuk melupakan peristiwa pahit yang pernah singgah dalam hidup.

Membuat keputusan juga bermakna anda redha dan menerima apa yang sudah berlaku serta membuat keputusan meneruskan hidup.

2. Luahkan rasa terluka

Luahkan apa saja yang terbuku di hati supaya ia tidak terus memakan diri, tidak kira kepada teman baik, orang yang sudi mendengar ataupun menulisnya ke dalam diri. Kini, ramai orang membuat blog sebagai tempat meluah rasa.

Berbuat demikian dapat membantu kita merenung kembali perjalanan hubungan, sama ada ia baik ataupun sebaliknya untuk diri kita. Dari situ, ia boleh membantu kita memperbaiki diri, muhasabah dan belajar melalui kesilapan supaya ia tidak diulang dalam hubungan baru pada masa depan.

3. Berhenti menjadi mangsa dan menyalahkan orang lain

Kita perlu bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku dalam hidup dan tidak terus menganggap diri terlalu lemah hingga menjadi mangsa dalam hubungan cinta tidak menjadi.

Jangan membiarkan diri hanyut dalam perasaan sedih sebaliknya menganggap apa yang berlaku ‘sudah tidak ada jodoh’. Tabahkan hati dan mula merancang untuk bahagia, bukan terus-terusan menyalahkan orang lain kerana anda tidak bahagia.

4. Fokus pada masa kini

Lupakan masa lalu dan berhenti memainkan memori pahit kerana perkara yang berlaku sudah berlalu.

Masa tidak boleh diputar kembali dan perlu diingat, pengalaman tidak kira manis atau pahit menjadikan diri seseorang lebih baik daripada sebelumnya. Menjadikan jiwa kembali kuat setelah terluka.

Apabila fokus dialihkan pada masa kini dan masa hadapan, ingatan pada perkara yang sudah berlalu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga mampu melupakan kesedihan lampau.

5. Belajar memaafkan

Biarpun kita mungkin sukar melupakan sikap buruk orang lain pada diri kita, apabila kita memaafkan mereka, dengan sendirinya ketenangan akan terbit dalam hati kerana kita tidak lagi menyimpan perasaan negatif seperti benci dan marah.

Memaafkan orang lain sebenarnya memberi kebaikan pada diri kita sendiri kerana ia menjadikan kita lebih positif, ceria dan maju dalam hidup.

Memberi kemaafan bukan menunjukkan kelemahan sebaliknya sifat mulia ini menjadikan diri lebih kuat, tabah dan bahagia.

Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk melihat keadaan yang berlaku daripada perspektif mereka dan cuba memahami tindakan yang dilakukan. Selain memaafkan orang lain, kita juga perlu memaafkan diri sendiri dan menerima apa saja yang berlaku dengan hati terbuka.

Setelah berkali-kali dilukai, kita bukannya boleh terus meratapi nasib diri. Bangkit melawan perasaan dan bangunkan kembali jiwa yang rebah. Jika anda kuat, secara tak langsung anda telahpun kembali sebagai seorang yang baru, semangat baru.

Nota: Sesetengah pendapat dalam artikel di atas di ambil daripada harian metro. Harap maklum

#sebarkan motivasi

Tag : Motivasi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka"

Terima kasih perkongsian ni ya....moga kita sentiasa kuat..

Insyaa Allah, kekuatan dalaman yg melahirkan kita insan yg tabah.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top