Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kisah Sahabat Nabi Bernama Thalhah Yang Dermawan

Kisah Sahabat Nabi Thalhah Yang Dermawan ini sangat bagus dijadikan satu sumber inspirasi kepada kita semua yang mahu bersedekah. Tambahan pula pada hari yang mulia ini, iaitu penghulu segala hari. Sedekah bukan sahaja bila kita sudah kaya tetapi Allah lagi suka orang miskin yang pemurah.
Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Menolong orang jangan harap balasannya.      
Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus mengairi dataran dan lembah? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Isterinya bernama Su'da binti Auf.


Thalhah Yang Dermawan, Subhanallah


Pada suatu hari isterinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang isteri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah menjawab, "Wang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memeningkanku. Apa yang harus kulakukan?" 



Maka isterinya berkata, "Wang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin." Maka dibagi-bagikannyalah seluruh wang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan satu sen pun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, "Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan mahupun sewaktu berjiran. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan wang, beg dan makanannya." 

Jaabir bin Abdullah bertutur, "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta." Oleh kerana itu patutlah jika dia dipanggil dengan gelaran "Thalhah si dermawan", "Thalhah si pengalir harta", "Thalhah kebaikan dan kebajikan". Wallahua'lam...

Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abu Bakar Ra selalu teringat pada Thalhah ra. Ia berkata, "Perang Uhud adalah harinya Thalhah ra. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: "Lihatlah saudaramu ini." Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus."

Diceritakan ketika tentera Muslim terdesak berundur dan Rasulullah SAW dalam bahaya akibat ketidakdisiplinan pemanah-pemanah dalam menjaga pos-pos di bukit, di saat itu pasukan musyrikin bagai dirasuk menyerang dan membunuh tentera muslim dan Rasulullah SAW, terbayang di fikiran mereka kekalahan yang amat memalukan di perang Badar. Mereka masing-masing mencari orang yang pernah membunuh keluarga mereka sewaktu perang Badar dan berniat akan membunuh dan memotong-motong dengan sadisnya. Semua musyrikin berusaha mencari Rasulullah SAW. Dengan pedang-pedangnya yang tajam dan berkilat, mereka terus mencari Rasulullah SAW. Tetapi kaum muslimin dengan sekuat tenaga melindungi Rasulullah SAW, melindungi dengan tubuhnya dengan daya upaya, mereka rela terkena tikaman pedang dan anak panah. Tombak dan panah menghunjam mereka, tetapi mereka tetap bertahan melawan kaum musyrikin Quraisy. Hati mereka berucap dengan teguh, "Aku korbankan ayah ibuku untuk engkau, ya Rasulullah saw."

Salah satu diantara mujahid yang melindungi Nabi SAW adalah Thalhah ra. Ia berperawakan tinggi dan gagah. Ia hayunkan pedangnya ke kanan dan ke kiri. Ia melompat ke arah Rasulullah saw. yang tubuhnya berdarah. Dipeluknya baginda dengan tangan kiri dan dadanya. Sementara pedang yang ada ditangan kanannya di hayunkan ke arah lawan yang mengelilinginya bagai kumbang yang tidak memperdulikan maut. Alhamdulillah, Rasulullah saw. selamat.

Bestnya baca kisah penuh inspirasi sahabat Nabi yang boleh anda baca artikel penuhnya di SINI. Bila baca berdiri bulu roma, dan dapat dibayangkan ketika perang dahulu.

Semoga perkongsian kisah sahabat nabi bernama Thalhah bin Ubaidillah itu boleh membuka ruang pintu hati kita untuk sentiasa membantu rakan muslim yang lain samada dalam bentuk wang, perkhidmatan, doa dan sebagainya.

#inspirasi wanita

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close