Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Komisyen Bookcafe RM51 Sehari

Komisyen Bookcafe RM51 sehari - Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya dapat komisyen yang agak banyak dalam tempoh sehari sahaja. Saya hanya melakukan promosi di dalam blog dengan meletakkan banner yang menarik di tempat yang betul. Perletakan banner yang betul amat membantu penjualan buku-buku Bookcafe secara online.

Selain itu, saya juga buat entri untuk sesuatu promosi agar dapat dicapai oleh medium yang luas terutamanya jika blog kita mesra SEO. Makin ramai yang baca, ramailah yang berminat nak beli. Peluang dapat komisyen meningkat 50%, siapa tahu...



Komisyen Bookcafe pada 23 Januari 2016 Berjumlah RM51.18

Sila rujuk gambar di bawah, print screen menunjukkan komisyen Bookcafe blog saya dapat RM51.18 untuk tempoh sehari sahaja. Ini merupakan komisyen yang ke 25 di luluskan oleh pihak Bookcafe kepada saya. Dan sehingga kini, saya masih belum menerima komisyen kerana pada tempoh komisyen di bayar, ia belum melebihi RM100 seperti disyaratkan. Hehe...

Kita kumpul dulu banyak-banyak...sekarang komisen terkumpul dah cecah RM129.69. Alhamdulillah.


Semoga perkongsian tentang jumlah komisyen yang diterima sebanyak RM51.18 sehari di atas dapat memberikan motivasi kepada Affiliate Bookcafe untuk lebih giat mempromosi banner-banner dan tawaran yang diberikan oleh kedai buku online kepercayaan ramai itu.

Selamat berjaya ya!

#sebarkan info...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Salam, sis. Nak tanya, kalau kita beli dari link affiliate sendiri, komisyen valid tak?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Maaf. Saya tahu post ini dah lama. Tapi boleh saya tahu, bagaimana nak cash out ya lepas komisyen kita cukup? Dia beritahu kitakah?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close