Header Ads

Munafik Filem Dakwah Syamsul Yusof


Advertisement
Munafik Filem Dakwah Syamsul Yusof. Terbaru daripada Syamsul Yusof, filem Munafik sebuah filem islamik yang bakal membuka mata dan minda kita semua. Saksikan dengan mata tertutup dan hati terbuka luas. Anda akan faham apa yang cuba disampaikan oleh pengarah muda berbakat besar ini. Ada banyak promo tentang filem Munafik ini, yang begitu mudah menggamit mata saya untuk menonton trailernya yang boleh dilayari di youtube sekarang.

Pengarahnya Syamsul Yusof pun dah war-warkan dalam akaun Twitternya tentang tarikh tayangan filem Munafik iaitu pada 25 Februari 2016!

Munafik Filem Dakwah Syamsul Yusof

Mengikut kata SinarOnline, Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof. Pasti menganggu tidur malam anda.

Munafik Filem Dakwah Syamsul Yusof

Dan, di bawah ini adalah poster rasmi Filem Munafik Syamsul Yusof. Antara pelakon-pelakonnya adalah Syamsul Yusof sendiri, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Munafik Filem Dakwah Syamsul Yusof

Anda boleh tengok trailer Filem Munafik di link berikut: https://t.co/SQt0rlX8Z5 

Menurut Syamsul Yusof,
"Filem ini juga penuh dengan elemen islamik dan tentunya saya tidak boleh ambil mudah mengenai sensitiviti. Jadi, saya perlu ambil masa untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran. "Saya juga ada merujuk berapa ustaz dari segi hal hukum hakam. Saya juga kerap menghadiri ceramah agama untuk menambahkan ilmu dan mendapatkan input untuk filem ini.
"Secara tidak langsung dalam tempoh mengumpul idea dan menghasilkan skrip Munafik ini, saya banyak menimba ilmu-ilmu agama. Sekaligus menjadikan saya seorang yang berubah ke arah yang lebih baik," katanya yang turut berlakon dalam filem ini sebagai Adam iaitu seorang ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Selain Syamsul, filem yang menelan kos pembikinan RM1.6 juta ini turut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, A Galak, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Sabrina Ali dan Nabila Huda.

Semoga naskhah Munafik ini adalah sebuah perjalanan dakwah yang indah yang disampaikan melalui wadah hiburan tetapi mampu menggetarkan darjah iman seorang hamba kepada TuhanNya. Insyaa Allah.

#sebarkan bahagia. 
Tudung kanak-kanak

2 comments:

  1. bila baca ayat dia yg ""Secara tidak langsung dalam tempoh mengumpul idea dan menghasilkan skrip Munafik ini, saya banyak menimba ilmu-ilmu agama. Sekaligus menjadikan saya seorang yang berubah ke arah yang lebih baik,"

    mmg terkena kat hati sbb pernah baca yg, untuk kita berkongsi cerita / ilmu dgn org, kita kena mantapkan jugak ilmu yg kita ada. sekaligus, kalau org taknak dgr apa yg kita nak sampaikan pun, kita still ada ilmu tu kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Hanis..biarkan orang ajak kepada kebaikan. Jika anda tak mahu buat baik, jangan pula halang orang lain jadi baik atau buat baik, kan? Thanks for sharing yr opinion.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.