Pageview Lebih 30,000 Sehari Penuhi Impian Tahun 2016

loading...
Pageview Lebih 30,000 Sehari Penuhi Impian Tahun 2016 | Ketika menulis azam tahun baru 2016 yang lepas, saya ada menyatakan mahu capai PV 30k hingga 50k sehari. Nampaknya pada hari ke 11 masuk tahun baru, impian tersebut telah tercapai.

Alhamdulillah. Syukur.



Selepas ini boleh gandakan usaha untuk capai 50k sehari pula. Semuanya tak mustahil, kan? Orang kata, di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Apakah penyumbang terbesar kepada peningkatan PV aynorablogs?


Ada banyak benda yang saling berkait jika cerita berkenaan PAGEVIEW. Yang utama sekali tentulah content atau kandungan blog itu sendiri. Blog yang bagus adalah blog yang memiliki kandungan posting artikel yang berkualiti, ikhlas, betul dan mudah difahami. Menulis adalah passion! Jadi, tulislah dengan lapang dada dan dengan perasaan yang gembira.

Jika tiada passion, tulisan anda akan kelihatan hambar walaupun anda sedang menulis artikel kelakar...ia memang memainkan peranan. Tulislah dengan sepenuh hati walaupun hanya sebaris ayat yang keluar.

Saya berharap tulisan saya ini tidaklah disalah anggap sebagai cuba show off dan sebagainya. Sebaliknya ia adalah pemangkin semangat kepada diri saya sendiri dan peringatan agar terus berusaha setanding mereka yang telah berjaya di luar sana.

Semoga tahun 2016 akan terus memberikan kecemerlangan dalam hidup saya dan orang orang yang saya kasihi. Aamiin..

#sebarkan bahagia

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.