Petua Merawat Rambut Putih Dengan Teh

Rambut putih dah tumbuh sebelum waktunya? Adakah itu membuat anda risau. Ada sesetengah orang alah pada krim rambut, ataupun stress yang menyebabkan rambut putih tumbuh pada usia lewat 20-an. Ada rakan sekerja saya berumur 29 tahun tetapi rambut putih telah tumbuh dengan banyaknya. Salah satu faktor penyebab juga mungkin gaya hidup yang kurang teratur, seperti waktu tidur yang tidak cukup. Ini semua banyak mempengaruhi pertumbuhan rambut yag kurang sihat. 

Usah risau. Saya ada terbaca berkaitan dengan rambut putih dan cara mencegahnya yang amat mudah dan jimat kos.


Petua Merawat Rambut Putih Dengan Teh


Caranya amat mudah iaitu dengan menggunakan teh.

Petua Merawat Rambut Putih Dengan Teh

Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. 

Ha! Mudah kan? Dan yang penting kosnya yang murah.

Selamat mencuba petua merawat rambut putih dengan teh seperti yang dikongsikan di atas.

#inspirasi & sebarkan bahagia

4 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.