Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins

Resepi kerabu telur dadar. Kalau dah namanya wanita mesti tak lari dari menulis tentang resepi, cakap tentang makanan dan sibuk pasal diet. Ada satu resepi yang nak saya kongsi di bawah ini amat ringkas dan sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Terutamanya diet Atkins. Heheh...

Resepi Kerabu Telur Dadar ni muncul setelah saya lihat ada lebihan telur dadar yang tidak habis. Jadi daripada terbiar sejuk, baik saya manfaatkan. Lagipun saya pun sedang acah-acah nak practice diet Atkins. Memang sesuai sangat Kerabu Telur Dadar ni. Dahlah simple tetapi murah kosnya.

Resepi Kerabu Telur Dadar Sesuai Untuk Diet Atkins


Resepi Kerabu Telur Dadar 


Bahan-bahan:

1 keping telur Dadar - di hiris halus
30gm daun selum - di hiris halus
1 biji bawang besar - di hiris halus
1 helai daun limau purut - di hiris halus
1 biji cili merah - dicincang halus
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Cara menyediakan Kerabu Telur Dadar  


1. Masukkan hirisan telur dadar ke dalam mangkuk bersama dengan bawang besar, cili merah, daun selum dan daun limau purut.

2. Perahkan jus limau nipis. Kacau rata.

3. Sedia untuk dimakan.

Amacam? Mudah kan? Sesiapa saja boleh menyediakannya. Dan yang paling utama ia sesuai untuk mereka yang ingin diet.

Selamat berjaya. Kongsikan resepi Kerabu Telur Dadar jika anda rasa ia amat bermanfaat.

#inspirasi wanita.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close