Resepi Nasi Goreng Hitam Manis

Tudung kanak-kanak
Resepi Nasi Goreng Hitam Manis. Walaupun warnanya hitam tetap dipandang manis. Nasi goreng hitam manis ni saya goreng guna bahan-bahan recycle je, murah, mudah dan tidak membazir. Asas buat nasi goreng semua sama iaitu guna nasi sejuk semalam punya kemudian campur cili, ikan bilis sikit, belacan (jika suka) dan sedikit sayuran hijau. Barulah nampak warna warninya. Hihi...:)

Baiklah. Di bawah ini saya kongsikan resepi nasi goreng hitam manis yang amat mudah.

Resepi Nasi Goreng Hitam Manis

Resepi nasi goreng hitam manis tak guna cili padi, atau belacan. Jadi budak-budak boleh ikut makan sekali. Awas ya! Nama je hitam manis tapi tidakkah warnanya teramat hitam macam nasi goreng kicap. Heheh..


Resepi Nasi Goreng Hitam Manis


Bahan-bahan:

1 kg nasi sejuk / 2 pot nasi
200 gram daging / dipotong dadu
5 tangkai cili kering - digunting 2-5cm
20 gram kicap pekat
30 gram sos tiram
3 batang sawi - dipotong
2 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan nasi goreng hitam manis


1. Panaskan kuali. Masukkan minyak dan tumiskan cili kering

2. Masukkan telur dan daging. Masak lebih kurang 3 minit

3. Masukkan nasi putih dan gaulkan bersama kicap pekat dan sos tiram.

4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Goreng selama 2 minit. Masukkan daun sawi hingga layu sedikit. Angkat dan hidangkan.

Saya berharap perkongsian resepi nasi goreng hitam manis yang guna nasi recycle (yang tak habis) boleh memberi kita sedikit sebanyak alternatif daripada membazir.

#kongsikan resepi jika suka

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.