Enter your keyword

15 January, 2016

Resepi Pengat Pisang Yang Pasti Sedap

Pengat pisang. Sedapnya dimakan ketika minum petang, waktu cuaca panas terik. Kalau suka boleh cicah dengan roti Gardenia sambil duduk di pangkin bawah pokok yang rendang. Dapat dibayangkan nyamannya tiupan angin sepoi-sepoi bahasa...heheh

Asal usul pengat pisang. Nak bebel sikit...pengat pisang merujuk kepada jenis masakan berkuah manis ("jenis pengat") yang menggunakan pisang sebagai bahan utama yang dimasak. Pengat pisang merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Koleksi macam2 resepi dari Blog Resepi No 1, pilihanku..



Pengat pisang merupakan pisang yang dimasak bersama santan dan gula bagi menghasilkan hidangan berkuah pekat yang lemak dan manis. Biasanya daun pandan diletakkan bagi mewangikan hidangan. Kadang kala telur dicampurkan bagi memekatkan dan menambah perisa. Ada juga yang masukkan durian, sagu biji, labu dan keledek sebagai perisa tambahan dan variasi makanan tersebut.

Namun begitu, pengat pisang yang original hanyalah campuran pisang, santan dan gula.

Resepi Pengat Pisang Yang Pasti Sedap


Bahan-bahan:

  • 10 biji Pisang Abu/Raja - atau 1 ikat pun boleh. Buang kulit belah dua/ potong bulat-bulat.
  • 1 kotak santan
  • 2 sudu sagu biji - direndam
  • 2 ketul (saiz sederhana) gula Melaka - dihiris supaya mudah larut
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
Resepi Pengat Pisang Yang Pasti Sedap

Cara Menyediakan Pengat Pisang Yang Pasti Sedap


1. Masukkan santan dengan secawan air, daun pandan (diikat) dan gula melaka.

2. Biarkan gula melaka larut.

3. Kacau santan sehingga mendidih.

4. Masukkan pisang, sagu dan garam. Biarkan beberapa minit.

6. Sedia untuk dihidangkan.


Tips:

1) Pastikan sagu mata ikan tidak dimasukkan terlalu banyak kerana ia cepat mengembang dan boleh menyebabkan kuah menjadi terlalu pekat.

2) Tambahan garam adalah perlu kerana ia berfungsi untuk menambahkan rasa lemak dan enak pengat anda.

#selamat mencuba. Resepi mudah tapi pasti sedap!

5 comments:

  1. sedapnyaa.. kat rumah ni tak pernah buat pengat..kalau bubur ada laa.. kuah pekat cicah roti putih.. mmg sedapp.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Husna, kalau bulan puasa mesti beli berkali-kali. nak buat tak sempat ..

      Delete
  2. anak2 suka sgt klu buat pengat.... kejap jer dah licin satu periuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya..lebih semangat nak masak, kan?

      Delete
    2. Bagusnya..lebih semangat nak masak, kan?

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.