Resepi Tart Gulung Nenas Bunga Cempaka

Tudung kanak-kanak
Resepi Tart Gulung Nenas Bunga Cempaka. Kuih tart sememangnya sejenis kuih moden yang disukai ramai. Jika kuih tradisional yang paling glamer adalah kuih bangkit santan, (heheh...kuih kesukaanku), maka kuih moden paling hot tentulah kuih tart.

Kuih tart ada banyak bentuk tetapi yang saya nak share resepinya di bawah ini adalah kuih tart gulung nenas dan dibuat dengan tepung gandum bunga cempaka. Itulah munculnya nama resepi tart gulung nenas bunga cempaka.

Baiklah. Inilah rupa tart gulung tersebut.


Resepi Tart Gulung Nenas Bunga Cempaka


Kalau nak bentuk bulat, tak mau gulung-gulung, boleh saja terap ikut kesukaan anda. No problem.


Resepi Tart Gulung Nenas Bunga Cempaka


Bahan-bahan:-

Doh

Tepung gandum bunga cempaka difortifikasi/ tepung gandum biasa pun boleh
Gula aising 21 gram
Mentega 105 gram
Kuning Telur 18 gram
Susu tepung 12 gram

Inti:

Jem nenas 150 gram


Nota:

Kalau buat tart, saya memang guna sukatan gram. kerana...sukatan gram lebih tepat dan akan menghasilkan kelembutan kulit kuih tart yang menjadikannya lazat. :))


Cara membuat tart gulung nenas bunga cempaka kesukaan anda


1. Pukul mentega dan gula aising yang telah diayak hingga berkrim. Masukkan telur kuning dan gaul sebati.

2. Masukkan tepung gandum dan susu tepung, dan jadikan doh.

3. Masukkan doh ke dalam acuan srmprit tart  dan paipkan 5 cm panjang. Isi jem nenas dan gulung.

4. Aturkan biskut doh ke atas dulang ketuhar yang telah dilenser dengan majerin cair. Sapukan permukaan biskut dengan kuning telur.


Resepi Tart Gulung Nenas Bunga Cempaka
Tart gulung nenas bunga cempaka berkilat setelah disapu dengan kuning telur. 

5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 170 darjah selsius selama 14 - 18 minit hingga masak.

6. Bila dah sejuk, masukkan dalam balang kedap udara.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.