Enter your keyword

05 February, 2016

Benarkah Cili Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan?

Aynorablogs.Com - Ada kajian menunjukkan cili boleh bantu kita kurangkan berat badan. Tetapi benarkah cili boleh bantu kurangkan berat badan? Macam betul, macam tidak...mungkin kita boleh baca kajian di bawah yang dilakukan oleh Penyelidik daripada Universiti Wyoming.

Penyelidikan terbaharu tersebut sekali lagi membuktikan cili boleh membantu mengurangkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme. Ia mendapati capsaicin, bahan yang menyebabkan cili berasa pedas, boleh membantu membakar lemak dalam tubuh.
Capsaicin adalah komponen aktif pada cili, sejenis tumbuhan yang dipunyai oleh baka Capsicum. Ia adalah perengsa bagi mamalia, termasuk manusia, dan menghasilkan sensasi membakar dalam mana-mana tisu bila disentuh. Capsaicin dan beberapa sebatian yang berkaitan dipanggil capsaicinoids, ia dihasilkan sebagai pengganti metabolisma dengan cili, mungkin sebagai penghalang terhadap mamalia dan kulat tertentu. Capsaicin asli lebih mudah berderai, hidrofobik, tidak berwarna dan tidak berbau.

Benarkah Cili Bantu Kurangkan Berat Badan?


Godaan menikmati makanan berlemak dan bergula terlalu kuat sehingga ramai tidak dapat menolak hidangan itu walaupun cuba mengurangkan kalori. Kini, penyelidikan percaya capsaicin boleh memberi penyelesaian kepada masalah itu, dengan mempercepatkan metabolisme tanpa perlu mengamalkan diet ketat.

Penyelidik Universiti Wyoming mendapati capsaicin merangsang tubuh untuk membakar tenaga dan mewujudkan kepanasan, pro­ses dikenali sebagai thermogenesis, iaitu pembakaran kalori da­lam proses itu. Ia berlaku dengan mengaktifkan reseptor dalam tubuh yang menetapkan proses pembakaran tenaga.

“Di dalam tubuh, sel lemak putih menyerap kalori dan menyimpannya sebagai lemak, jenis yang jelas dilihat pada perut buncit, pinggang dan paha yang menjadi ‘musuh’ pengamal diet,” kata seorang daripada penyelidik berkenaan.

Beliau berkata sel lemak putih dikenali sebagai lemak ‘jahat’ kerana peranannya itu. Lemak coklat, yang ditemui dalam jumlah kecil di bahu dan leher, sebenarnya membakar lemak untuk menghangatkan tubuh dan dike­nali sebagai lemak ‘baik’. Penyelidik mendapati capsaicin dalam diet mampu merangsang reseptor yang dikenali sebagai saluran protein potential vanilloid1 (TRPV1).

Mengaktifkan reseptor ini menyekat obesiti yang dikaitkan dengan diet tinggi lemak, menurut penyelidik. Mereka percaya ini disebabkan ia mendorong sel lemak putih ‘jahat’ menjadi sel lemak coklat baik yang membakar tenaga. -Agensi


Dari sekarang, bolehlah makan cili banyak-banyak bagi mereka yang berbadan gemuk atau untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Cili juga boleh membakar kalori. Jadi, mari mulakan sekarang...makan cili banyak pun boleh kelihatan awet muda. Tak caya?? Terpulanglah...hihi

#sebarkan info

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.