Header Ads

Carilah Hatimu


Advertisement
Carilah hatimu ketika membaca al Quran. Jika gagal, carilah hatimu ketika solat. Jika gagal carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Andai kamu tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH pinta hati yang baru. Rawatlah hati dengan sentiasa ingat mati. Ia pembasuh hati yang resah gelisah, memadam rasa nikmat melakukan dosa, dan memberi satu tenaga kukuh untuk menjalani kehidupan sempurna.

Rasulullah SAW berkata, Sesungguhnya pada hati anak Adam ada bisikan SYAITAN dan bisikan MALAIKAT. Syaitan menggalakkan kejahatan dan mendustai kebenaran. Malaikat menggalakkan kebaikan dan menyakini kebenaran. Sesiapa yang berasa bisikan yang baik, ketahuilah itu datang dari Malaikat. Dan, bersyukurlah kepadaNya. Barangsiapa yang berasa bisikan yang satu lagi, mintalah perlindungan ALLAH dari hasutan syaitan.
Carilah Hatimu

Carilah Hatimu


Dari Abdullah bin Mas'ud, beliau berkata;
Sesungguhnya Allah SWT memberi harta kepada sesiapa yang Dia cintai dan sesiapa yang Dia tidak cintai, dan Allah tidak memberi keimanan kecuali hanya kepada siapa yang dia cintai. (Diriwayatkan al-Bukhary dalam alAdab al Mufrad dan selainnya. Syaikh al-Albany menganggap shahih dari ucapan Ibnu Mas'ud dan memiliki hukum Hadis marfu')

Carilah hatimu ketika sedih dan rawatlah ia dengan berzikir. Berzikir boleh menenangkan hati yang gundah dan gelisah. Dalam duka tak terkata, kesedihan yang tak terhingga, hatimu sakit dan panas bagai disimbah bara. Sujudlah. Serahkan hatimu kepada Allah. Dia akan merawatnya. Tiada TUHAN selain Allah. Peganglah keyakinan itu. Kamu pasti sembuh seperti tiada apa-apa...

Seharusnya letakkan hatimu pada kedudukan tertinggi. Kedudukan terbaik sebagai seorang hamba iaitu bersangka baik kepada Allah dan bersangka baiklah kepada hamba Allah. Jauhi hati dari bersifat rapuh dan suka mengeluh. Syukurilah nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya, yang masih membolehkan kamu berjalan dan bernafas di muka bumi pada hari ini.

Mohonlah kepada Allah agar hati kita dihindari dari keluh kesah, kesempitan fikiran, kekotoran hati, dan dari kemalasan tubuh.

Semoga dengan hati yang bersih, Allah lebih sayangi, cintai, kasihi dan melindungi kita dari penyakit hati. Hingga akhirnya hati kita MATI.

#sebarkan bahagia    
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.