Header Ads

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita. Hari Jumaat datang lagi. Jumaat adalah penghulu segala hari. Datangnya Jumaat dengan mewangi. Salam selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya. Semoga kita menjadi antara umatnya yang sentiasa berselawat untuk mengharap Syafa'atnya di hari Kemudian. Insyaa Allah.

Saya pasti ada antara rakan-rakan pembaca di blog ini yang sedang berdukacita atas sesuatu kehilangan, mungkin ada yang sedang mengalami lemah jiwanya, ada pula yang dibebani hutang piutang dan banyak lagi hal musabab yang membuatkan hidup tidak tenteram, maka dengan ikhlas saya kongsikan bacaan doa dari al-Quran surah at-Taubah ayat 128 & 129 yang boleh dijadikan amalan harian.  

Doa Dari Surah at-Taubah Terhindar Dari Dukacita


Amalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 dan 129. Baca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu.

Surah at-Taubah Ayat 128:



Surah at-Taubah Ayat 129:



Dengan mengamalkan membaca Surah at-Taubah ayat 128 - 129 di atas, sebanyak 7 kali setiap selesai solat fardhu, kita akan:

1) Segala kelemahan anda bertukar kepada kekuatan.
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan.
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan.
4) Terhindar dari dukacita.
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya.

Semuanya dengan izin Allah jua.

Semoga sedikit perkongsian di atas dapat membuatkan hidup anda kembali ceria dan bersemangat. Sebarkan bahagia...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.