Header Ads

Hidup Ini Terlalu Singkat

Hidup ini terlalu singkat. Benar kawanku, ada seseorang bercerita. Baru semalam dia gembira meraikan insan tersayang. Baru semalam dia mengabadikan album kenang-kenangan dengan sidia yang menjadi pendamping setia. Baru semalam dia merenung sepasang mata jernih penuh kasih.

Siapa tahu. Benar sekali katanya. Hidup ini terlalu singkat. Esok lusa kamu mungkin tidak lagi melihat redup mata ini...


Benar juga. Hidup ini terlalu singkat. Ingatlah selalu kepada Allah. Itulah pesanan terakhir, kalimat yang menjadi azimat sehingga kini. Kalimat itu tersemat bagai sebutir mutiara yang setiap hari menggilap kegelapan sekeping hati.

Hidup Ini Terlalu Singkat


Hidup yang singkat usahlah dipersiakan. Lakukan apa yang kamu impikan. Kejarlah anganan setinggi awan asalkan pada akhirnya kamu mengenal rumput di muka bumi. Kamu berlarilah ke hujung dunia, mencari penawar ilmumu, asalkan pada akhirnya kamu menemui ubat ketenangan pada Illahi yang memberikan rasa itu.


Hidup ini anugerah. Jadi, jalani saja sebaik mungkin. Urusan luka dan kelemahan hati biarlah Tuhan yang menyembuhkan dan menguatkan.

Hidup ini singkat. Janganlah digunakan untuk menyakiti hati orang lain.

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membenci orang lain.
Ingat juga...hidup ini terlalu singkat. Jarak hidup ini ibarat azan dan solat. Maka berbaktilah dalam kehidupan dengan selayaknya sebagai seorang hamba kepada TuhanNya.

Hidup ini terlalu singkat untuk menangisi manusia yang tidak menghargai sebutir nyawa yang diehsankan untuknya.

#sebarkan bahagia kerana dalam kehidupan yang singkat itu Allah tetap janjikan bahagia.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.