Khasiat Buah Jambu Air

aynora nur | 02 February, 2016,3:10 PM |
Advertisement
Khasiat Buah Jambu Air - Jambu air banyak khasiatnya. Pohonnya rendang dan buahnya lebat apabila tiba musim berbuah. Buah jambu air tumbuh di celah-celah tangkai. Buah jambu air sama seperti jambu bol dan jambu semarang, sedap dimakan begitu saja ataupun dibuat aneka rojak buah. Teringat dulu-dulu kalau tiba musim raya, ibu saya akan buat halwa daripada buah jambu air. But sad to say...itu semua dalam kenangan saja. Pokok jambu air yang tumbuh dan berbuah sekarang ni pun, dah tak ada siapa yang nak hirau. Sebab dah banyak kerengga yang bermastautin.

Khasiat Buah Jambu Air
Jambu air banyak khasiatnya
Kandungan nutrien dalam jambu air adalah seperti berikut iaitu 100g jambu air mempunyai 12mg magnesium, 29mg kalsium dan 123mg kalium.

Khasiat Buah Jambu Air


Jambu air adalah buah tempatan yang baik untuk mengubati ulser mulut. Akar dan kulit kayu mengandungi alkaloid dipanggil jambosine, yang membantu untuk mengurangkan peringkat gula dalam darah, terutama apabila pankreas seseorang tidak berfungsi dengan baik seperti yang dilakukan oleh pesakit kencing manis. Walaupun jambosine dalam jambu air masih dalam kajian lanjut, ia adalah dikatakan mempunyai indeks glycemic yang rendah. Ini menjadikan ia salah satu daripada beberapa buah-buahan, termasuk grapefruits dan epal yang baik untuk pesakit kencing manis. Jambu air juga dianggap baik untuk otak, hati dan darah kita.

Khasiat Buah Jambu Air

Di Malaysia, serbuk dari daun-daun kering jambu air dilaporkan digunakan pada lidah pecah. Akarnya pula untuk ubat gatal-gatal dan digunakan pada tempat yang bengkak. Kulit dan akar kayu dikatakan digunakan untuk merawat disentri dan berfungsi sebagai emmenagogue yang (menggalakkan fungsi haid).

Kemboja dilaporkan mengambil merebus buah, daun, atau biji sebagai satu rawatan (terhadap demam). Di Brazil pula, pelbagai bahagian tumbuhan jambu air digunakan sebagai ubat untuk sembelit, kencing manis, batuk, penyakit selesema paru-paru, sakit kepala, dan penyakit lain.

Ramai generasi muda dan kanak-kanak sekarang tak kenal buah jambu air ni, bentuknya macam loceng dan ada yang berwarna merah menyala dan ada juga yang putih pink. Walauapapun, jambu air telah dikomersialkan dan kini banyak boleh didapati di hentian R&R di sepanjang lebuhraya.

#buah tempatan - khasiat buah jambu air.
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Khasiat Buah Jambu Air "

alhamdulillah..banyak rupanya khasiat jambu air ni..PC tahu makan dengan kicap je..terima kasih kongsi info ya..

Syukur alhamdulillah PC..dah tau kan khasiat jambu air. Bnyk manfaatnya..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top