Petua Hilangkan Kelemumur Dengan Cuka Epal

aynora nur | 01 February, 2016,4:51 PM |
Advertisement
Aynorablogs.Com - Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) boleh digunakan untuk merawat kelemumur. Dah lama saya dengar benda ni tetapi baru sekarang mencubanya. Bila buat rawatan secara tradisional, kenalah bersabar sikit dengan kesannya. Ia bukan boleh dikesan sehari dua..paling awal pun selepas seminggu. Itu biasa lah...tetapi hasilnya pasti memuaskan.

Rawatan kelemumr kali ini gunakan bahan recycle je iaitu guna cuka epal. Ala...cuka yang buat masak tu...gambarnya seperti di bawah.

Petua Hilangkan Kelemumur Dengan Cuka Epal

Petua Hilangkan Kelemumur Dengan Cuka Epal   


Sebelum ini pun saya ada post pasal kebaikan cuka epal ni, dan sememangnya ia banyak kegunaannya selain daripada untuk memasak. Kali ini kita gunakan cuka epal untuk menghilangkan kelemumur pula. Ikuti langkah mudah ini:

1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih. Macam kita campurkan sabun basuh dengan air. Contoh kalau 2 sudu besar cuka epal dicampur dengan dua sudu besar air.

2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.

3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.

4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.

5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.

Ha! Mudah kan? Dengan beberapa langkah sahaja anda sudah merawat rambut yang berkelemumur. Semoga anda dapat satu lagi petua merawat kepala gatal disebabkan kelemumur. 

#sebarkan info...petua untuk kesihatan. 
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Petua Hilangkan Kelemumur Dengan Cuka Epal "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top