Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening

aynora nur | 18 February, 2016,5:22 PM |
Advertisement
Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening. Bila teringatkan tentang kening, ada satu cerita ketika sekolah menengah dahulu yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Ini ada kaitan dengan impian mendapat kening yang hitam dan menawan. Nak tahu apa saya dan rakan-rakan buat untuk lebatkan bulu kening? Mudah je, kami ambil air embun dari pokok bunga yang tumbuh banyak di tepi padang sekolah. Kemudian sapu air embun itu kat kening sambil baca selawat. Yang peliknya, kening kita orang lepas tu memang cantik, hitam dan tersusun. Hihi...

Namun ada juga petua tradisional yang boleh lebatkan kening dan tersusun cantik. Di sini saya kongsikan cara mudah untuk lebatkan bulu kening. Jangan ikut cara saya ehhh...

Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening


Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening


1. Dengan menggunakan sebiji buah keras, kening anda akan jadi lebat secara semula jadi. Ambil buah keras dan sagat, kemudian air buah keras itu tadi boleh disapu di bahagian kening. Anda boleh amalkan pada setiap malam sebelum masuk tidur. In Shaa Allah kening akan berubah jadi lebat dan cantik.

2. Cara lain melebatkan kening ialah bakar buah kelapa tua, ambil minyaknya dan amalkan sapu pada bulu kening.

3. Cara seterusnya melebatkan bulu kening, ramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam. ALOE VERA ini hanya ambil lendir sahaja, lakukan beberapa hari dan lihatlah hasilnya.

Petua-petua melebat dan mencantikkan kening boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top