Petua Rawat Jari Bernanah Kerana Selumbar

aynora nur | 11 February, 2016,3:13 PM |
Advertisement
Petua Rawat Jari Bernanah Kerana Selumbar, Duri Ikan atau terkena jarum. Kali ini petua orang-orang tua yang ada dalam koleksi saya adalah cara merawat jari bernanah. Kalau saya mudah saja, sapu dengan minyak gamat. Lama-lama nanti keluar lah selumbar atau duri ikan tu. 

Tapi jika sampai bernanah, janganlah buat sesuka hati. Pergi jumpa doktor atau minta tolong ahli keluarga keluarkan duri dari dalam jari kita tu...  

Petua rawat jari bernanah dengan sulur bawang


Petua Rawat Jari Bernanah Kerana Selumbar


Petua yang nak dikongsikan adalah petua orang tua-tua. Dulu, rumah kita kan jauh dari hospital ataupun klinik. Jadi gunakanlah benda-benda di sekeliling kita...

Petua rawat jari bernanah mudah aje. Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat. Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api. Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka. Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Insyaa Allah, sembuhlah luka itu.

#sebarkan petua jika bermanfaat... 
Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Petua Rawat Jari Bernanah Kerana Selumbar"

Terima kasih SS..hihi, first time tengok u komen di sini, sifu..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top